assalamualaikum...

here my site, my own way to present myself as i won't bother anyone
this is how i'm expressing myself by writing here, because most of the time I'm enjoying blogging

Wednesday, April 17, 2013

rapuhnya hati

*randomtopic (tak baca pun lagi bagus)

TT.TT


dan rasa ini membuatkan  tak nak bercakap dengan siapa2..

duduk dalam bilik, study, siapkan assignment..
sumbat telinga dengan earphone
lagi,duduk dalam gua sendiri..huhu

dan saya akan membina satu line,

please please everything have its limit..
even berkawan pun saya akan membina limit point supaya saya tak terluka dan tak melukakan
apatah lagi untuk bercinta
ye, saya pengecut untuk memulakan satu relationship yang kuat attachment nya
cukup sekadar saya bersama,berkawan dengan seseorang dalam sesuatu suasana dan tempat
sebab manusia still saling memerlukan,right
ada kawan sekelas, sekuliah, kawan berpersatuan.enough

fobia itu bahaya..

kadang2 memakan diri..ye saya tahu itu~
tapi bukan mudah menghilangkan fobia..
saya mudah fobia dengan pengalaman yang menyakitkan terjadi pada diri sendiri atau orang2 kesayangan saya..
kalau saya buat sesuatu,dan bagi impak negatif yang sangat besar dalam kehidupan saya.saya akan serik.fullstop

"buat baik berpada-pada" my mom always pesan camni,ada reason and kisah kenapa mak selalau pesan macam ni..i know it and i understand it mak..chincha


oh,sangat rapuh..fragile~

saya boleh jadi sangat sedih hanya kalau saya masak, tapi takde orang nak makan..
juga kalau saya bercakap orang tak melayan..
dan bila orang berjanji, tak tunaikan..
bila rasa ditinggalkan..
makin rapuh saya ini..weyo?
dulu tak macam ni pun ..seriously!

jujur, saya jenis tak berapa suka rasa terikat

orang cling on me sampai rasa rimas
even my family tak melayan saya macam tu
manja2 jugak,tapi most of time i'm independent girl

saya mula berdikari,betul2 berdikari seawal usia 13 tahun

masa kecik dulu tak pernah terfikir akan sekolah jauh2 mcm abg2 saya sebab bajet saya kan anak perempuan first pulak tu >.<

masuk sekolah menengah,mak dah hantar belajar sampai Kelantan nuh

perjalanan standard dengan kereta 8 jam,kalau tren 12 jam
buat dua minggu pertama, henset masih dibenarkan untuk bawa,
setiap hari call mak,and of course i'm crying..
dengan masalah tak pernah jauh dengan family,
tak faham loghat orang kelantan,
tak reti bergaul dengan orang..
mujur,ada seorang kawan ni,dia orang kelantan tapi sek ren dulu kat KL
dan saya memang berkawan je dengan dia,jadi translator..

lepas tu at one point,

saya dihadapkan dengan pelbagai karenah manusia daripada kawan2 hinggalah senior
macam2, menyakitkan hati lagi banyak daripada menyenangkan
apa yang saya berlaku selepas melangkah ke alam sekolah menengah sangat lain daripada sangkaan
suasana sekeliling membina diri saya jadi semakin keras..
yang mana saya antara manusia paling susah menitiskan air mata..
percayalah,orang jarang menangis ni keras sikit hatinya..
tapi kalau hadapan semua dia memang tabah,tapi belakang2 berapa banyak tangisan..hatinya lembut
tapi saya lepas tu tak macam tu, menjadi seorang yang sangat rebellious..
sampaikan saya tengok orang yang sikit2 nak menangis jadi meluat..adeh~

dan saya dipertemukan dengan seorang sahabat ini,kami berkawan dari form 1

dia seorang yang lembut, baik..
banyak kisah duka bersama
rapatnya saya dengan dia sampaikan every time parents dia datang bawa makanan akan ada bahagian untuk saya..rindukan kak yah n makcik..hurm~~
setiap persahabatan akan diuji, setiap kali bergaduh,
kami akan berbaik balik disebabkan mak dia..
saya lagi rapat dengan mak kakyah daripada kakyah sendiri..
sampaikan yang saya sangat terharu, saat ambil result SPM, mak dia anggapkan saya anak angkat dia..
sangat baik~~
sebab masa ambil result, parents saya tak datang..jauh kot..
saya pulak memang tak suka menyusahkan mak abah..huhu
jadi, saya menumpang rumah kak yah yang dah memang macam rumah kedua saya kat Kelantan nuh.
cuti ni,kalau turun Kelantan kena melawat rumah makcik sohirah..rindu~~

dan semakin bertambahnya usia,

pengalaman mematangkan diri,
please, hati jangan dikeraskan..
meski tak menangis di hadapan orang ramai..
menangislah di hadapan si Dia, Tuhan yang Maha Mendengar~
itu yang terbaik..
kita hamba yang sangat2 lemah, segala kekuatan datang dari Dia..
mintalah..walaupun rasa kotor macamane pun diri itu dengan dosa

kenapa entah, rasa nak meluah di sini~

sebab saya malas nak meluahkan secara lisan..
sebab meluahkan perasaan ni kena pada pendengar yang tepat, dan antara insan yang menjadi pendengar terbaik dan setia saya adalah my mom..
kalau meluahkan pada manusia yang salah, masalah semakin bertimbun, hati pun makin sakit..
dan mak sibuk sikit musim2 pru13 ni, tak nak mengganggu mak..
semoga mak dikuatkan semangat bekerja untk Islam, begitu juga saya dan kita semua dalam setiap perjuangan hidup masing2..
doakan Islam dan keadilan tertegak di bumi bertuah Malaysia..amin~



Wednesday, March 20, 2013

my lacking~ trying to improve

assalamualaikum..

yeah, my lack..


sorry lah menyerang blog untuk membebel-bebel..

inilah keje bila duduk sorang2,mengadap lappy je..

dulu,saya akui saya tak berapa rapat dengan guru2 saya..

dan mereka pun juga takde nak rapat ngan saya..
ada je yang okey, tapi ramai yang tak.. haha

bila tak rapat, obviously saya tak tahu sangat pasal mereka.


sekarang. menyesal?

entahlah~

tapi saya memang terasa juga lah kalau sampai kena tegur

"Ni mesti dulu xhbs taaruf dgn ustz. "
kalau saya tanya balik ustzh pun tahu tak pasal saya. biadap tak..hehe

kan dah cakap. saya seorang yang anti sosial

saya tak reti mulakan conversation,
tapi kalau layan orang berborak,saya okey je..
sebab saya bukan seorang peramah dengan stranger..

tapi, saya takde lah nak terasa hati kalau orang tak kenal saya.

itu normal.
saya bukan siapa2.
dan mereka tak boleh jugak  nak expect yang saya tahu pasal diorang.kan~
lain la,kalau memang ada kaitan dengan saya..ada kisah dan memori bersama

"what you give, you get back la,dear"


tak boleh nak expect orang akan tahu details pasal kita,

kalau kita sendiri tak pernah nak amek tahu pun pasal orang tu.
ikot lah, orang tu cikgu kita,sepupu sepapat kita ke..makcik2 kita ke

saya cabar,

korang ingat biodata lengkap setiap prof korang kat uni tu.haha
nama prof pun tertukar2 lagi.haila~

ye, tahu tahu..

bertaaruf tu sangat bagus.
Islam menggalakkan untuk berkenalan.
saya suka kenal ramai orang. jumpa macam2 jenis orang

tapi saya juga ada masalah payah nak ingat nama orang.

kalau ingat nama pun,saya dah tak cam yang mana satu..

I'm trying to improve..


serious, saya tak kisah pun nak berinteraksi dengan orang without knowing her/his name..

tapi some peoples,tak boleh.am I right?

ok,that's it. bubye




Monday, March 18, 2013

isu agama bukan isu bangsa,tak sama

jom tengok video ni~ bersama2 mencambahkan pemikiran..
cakna isu umat kita~


 betapa lemahnya umat Islam hari ini..
begitu takutkan agama lain..
begitu sibuk dengan isu bangsa..
kalau kita selusuri sejarah kejatuhan khilafah dahulu,bukan kerana musuh terlalu kuat tapi waktu itu umat Islam yang lemah,hanyut..

kalau mereka bawakan macam2 kitab bible sekalipun.
andai setiap dari kita benar2 faham kitab suci kita sendiri Al-Quran,tak perlu bimbang akan terpengaruh dengan bible mahupun kitab2 lain itu

andai kita kuat,tak perlu gusar.

andai kita ramai dan bersatu,kita tak perlu gentar..


"sasaran dakwah utama kita adalah orang Melayu"
amboih,sempit sungguh skop mad'u dia.
mad'u pon boleh pilih2 ek..sadis~

bercakap tentang isu MELAYU Islam kuasanya makin lemah dan hak melayu semakin luntur..

sayang seribu sayang,

saya lagi selesa bersama dengan mereka yang fahamkan Islam dengan sebenarnya,
penuh dengan adab2 Islam,even dia bukan orang Melayu..
saya bersyukur sangat diberi peluang untuk belajar di luar negara.
memandang Malaysia dari skop berbeza, bukan memandang hanya dari sudut dalam,tapi memandang dari sudut luar
bila saya berjalan melihat negara orang, bergaul dengan pelbagai bangsa yang merupakan seorang Muslim
nilai tautan ukhwah itu bila diaplikasikan kepada nilai aqidah sangat indah,
bukan hanya nilai bangsa..
kalau lah mereka2 ini,seorang yang terlebih mengangungkan bangsa dari agama, rasanya saat saya memerlukan bantuan ketika di negara mereka,misalnya baru-baru ini saya ke Turki.habislah~
tapi sebaliknya berlaku, ramai sangat yang baik hati memberi bantuan walaupun tidak pernah kenal sebelum ini..
ye, masa tu saya rasa terharu sangat, baiknya mereka ini.
bila saya berterima kasih kepada mereka dan tak tahu macam mana nak balas budi baik mereka.
tahu apa mereka jawab..
"kita kan sesama Muslim,diikat dengan nilai aqidah..tak perlu balas budi baik saya,cukuplah doakan supaya diberi kesejahteraan"
how sweet is it~

"Islam bukan untuk Melayu, tapi seluruh alam"

saya merasakan mereka yang terlalu fanatik dengan Melayu,
atau terlalu anti dengan bangsa lain..why?
that make me curious.seriously!

orang akan react dengan kita macamana kita react dengan orang.
kalau kita tidak bersifat terbuka dengan non muslim yang berbangsa lain..
macam mana mereka nak menerima kita, menerima Islam..

kita kena ingat, andai seorang non muslim tak kenal Islam adalah disebabkan kita yang tak pernah menyebarkan Islam kepada mereka.
di Akhirat sana,kita akan dipertanggungjawabkan.

bayangkan kalau bangsa lain yang juga warganegara Malaysia mendengar debat ini..
tak ke kesot hati diorang..

seriously, saya teringin sangat, diberi peluang bergaul dengan non muslim untuk bercerita pasal Islam..
dan lagi indah kalau dapat menarik mereka memeluk Islam.
dan alhamdulillah baru2 ini, ketika journey saya di Turki, kami bergaul dengan non muslim dari Korea, Jepun, Singapura dan banyak lagi.
ada kalangan mereka bertanyakan kami tentang Islam,tentang hijab..

saya sangat tabik dengan mak saya join RFC,suatu program melatih diri untuk berdakwah dengan non muslim..
belajar bahasa lain,Cina dan India,
belajar sedikit2 kitab mereka dan ajaran mereka..
itu strategi dakwah kita..

nampak tak point kat sini,
jangan pernah samakan isu Agama dengan bangsa.ia  bukan level yang sama

saya bukan pakar politik, jadi saya tak reti nak komen dari sudut politik
saya hanya rakyat biasa yang berhak memberi pendapat dari sudut kemampuan saya..
saya tak ada niat menghentam mana2 pihak..
saya berkata isu ini dari sudut da'ie dan mad'u.

dalam video ini jelas telah diperdebatkan oleh ahli2 dan pakar2 tentang bidang mereka~
kita dengar dan menilai dengan matang..
bangunlah,keluar dari zon selesa anda.

mungkin kita rasa,
sudah cukup family kita, rakan2 kita menerima Islam.
bagaimana pula dengan yang lain.
masyarakat kita yang hanya Islam pada nama,
masyarakat luar yang tak pernah tahu apa itu Islam..
penyebaran dan perjuangan Islam tak akan pernah habis.

andai kita menyempitkan skop hanya pada bangsa.
maknanya sampai tahap Melayu berdaulat di Malaysia.habis sudah perjuangan kita
singkat dan mudah sungguh perjuangan ini.hoho

berfikir dan berdebat berpaksikan realiti, bukan hanya fantasi..
konon nak tegakkan khilafah!

p/s : saya seorang wanita,dan saya minat isu2 politik.fullstop


.



WANT and NEED ?

curi dari fb Yasmin Mogahed :)

Sometimes, we must differentiate everything happen to us either 'what we want' or 'what we need'..
same happen with people..we need that person,or just we want that person..
Allah doesn't create something without reason, and it never been useless. 
it must have something behind it,and people call it 'hikmah'..


Al-Baqarah : 216
"...But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But Allah knows, and you know not."


Even sometimes,we think we need that thing or someone, Allah knows best what good for you..

thus,something we 'need',actually not what we need..it just we want it..

so,Allah gives something or someone better which we need it more even we dislike it..



Sunday, March 17, 2013

don't pity me,please~

Assalamualaikum..

kali ini saya hanya ingin berkongsi rasa.


memang tak ada apa menarik pun.masih belum terlambat untuk berhenti meneruskan bacaan..haha


setiap orang pernah rasa kecewa.including me.

dan saya seorang yang sangat kuat denial dan escapism..
saya suka buat buat macam tak ada apa, sampai masa perasaan kecewa,frust tu surut sendiri..

sebab dah sedikit surut lah,saya ada kekuatan untuk menaip di blog ini.

okeh,first point kita kena bercakap bila emosi kita dah stabil kan.

sebelum sebelum ini,saya telah mengalami satu fasa mengubat hati yang lara..

*ok,ayat memang tak boleh bla,menaip ni sambil gelak guling2..
but now, I'm okay.. still,in healing process..hanya masa yang dapat merawat segala kedukaan,insyaAllah..

maybe boleh diberikan nama lain..frust, futur, down.. bercampur aduk lah semua tu..

tapi nasihat saya,jangan tunjuk kelemahan kita, try to cover it..
tunjukkan kelemahan kita di depan Allah sahaja.
sebab Dia lah satu2 nya tempat kita boleh mengadu,meletakkan sepenuh kepercayaan, bergantung harap..
point ni sila jangan abaikan..


okeh,yang ni macam garang sangat je.LOL~


tengok title saya tu..pelik kan..

entahlah,saya just merasakan ada masa kita tak perlu tunjukkan sangat kita kesiankan kat orang.
kita memang kena kesiankan orang lain tapi lebih baik ekspresikan dengan cara lain daripada kita pandang dia dan buat muka "kesiannya awak"..hah,very annoyed! *for me la..org lain maybe lain kot..


tiba-tiba,saya teringat satu story masa saya sekolah rendah,tak ingat lah darjah berapa..
saya berjalan-jalan nak balik kelas masa lepas rehat.
saya berjalan dengan seorang kawan saya ni,saya segan dengan dia..sebab dia sangat baik dan ayu..
tengah2 berjalan tu,saya khusyuk sangat bercakap tengok kat kawan saya ni je,tak tengok depan pun..
pusing2 depan,dah terlambat..ada tiang terpacak kat situ.pang! apa lagi terlanggar tiang free free je.haha
okeh,bukan salah tiang tu,sebab dah lama dah tiang tu ada kat situ,tapi saya je tak teringat sebab ralit sangat berborak..
pening2 lalat jugak la masa tu,
kawan saya yang ayu ni risaulah kan tengok saya kena macam tu."amalina awak okey tak"..
erk.saya geleng2 kepala,saya kan suka berlagak tabah.. so,takde apa2 dah la lepas tu masuk kelas sambil tahan sakit..hehe
rupanya peristiwa saya langgar tiang turut diperhatikan oleh seorang kawan lelaki yang sekelas dengan saya..
pon nak menyibuk jugak,risaukan saya sakit ke tak. maybe lah bunyi perlanggaran tu dahsyat sangat kot.
ha,depan2 kelas tu jugak saya menangis..sambil geleng2 kepala kata saya okey..
lol,budak tu pelik sambil gelakkan saya..yelah,kata okey tapi menangis pulak..haha
lepas tu,saya nak cover balik saya gelak + nangis..memang sadis~
entahlah, bila difikir balik, kalau budak tu tak tanya saya okey ke tak,dan tak kesiankan saya,takde nye saya nak nangis. *ohh,kelakar sungguh kenangan budak2 dulu :p

eh,saya tak memaksudkan kat sini,kita kena jadi orang yang takde perasaan kesian kat orang lain.tak.tak..

cuma cara kita memaknakan perasaan kasihan kita terhadap orang..

contoh eh, cuba lihat saudara2 kita yang di Palestin, Syria dan negara2 yang umat Islam ditindas dan disiksa..

bagi saya,tak semestinya kita kasihkan saudara kita tu dengan pergi kepada dia.menyatakan rasa simpati semata2.
lebih bermakna,kalau kita ekspreskan dalam bentuk memberi bantuan dari segala aspek, kewangan,kemudahan,tenaga ke..

ye,ada orang yang lebih lembut dalamannya, manja.. sentiasa inginkan simpati orang lain.saya raikan orang sebegitu..

tapi,kalau saya sendiri,oh please..jangan tunjukkan simpati kalian terhadap saya seolah-olah saya ni seorang yang sangat kasihan dan tak berupaya..
saya lagi hargai,mereka yang buat muka macam tak de apa2 depan saya,tapi bila ada peluang memberi bantuan, dia cuba sehabis daya untuk membantu..

alhamdulillah, kawan2 saya mostly sangat memahami.

ye,ada time bila kita down, dan orang sekeliling terlalu manjakan kita.kita lagi spoil.
beri masa, dan sampai masa bila dia datang sendiri minta bantuan kita,kita berusaha sedaya mampu untuk support dia..
tapi cara ni kena aplikasikan sesuai dengan cara dan gaya orang la.tak semua orang sama caranya..
dan ini cara saya.fullstop.

so,please don't pity me, even kadang2 saya tak reti nak sembunyikan masalah dari riak wajah.

ye,saya try control kot..tapi ekspresi muka saya memang selalunya menggambarkan apa yang saya rasa..haha
payah nak sorok,lagi2 orang yang rapat dengan saya..cepat je diorang detect kalau saya ada masalah..
tapi kan, kalau ada orang yang bertanyakan masalah kita, itu tak jadi masalah.. very appreciate it when there's people concern about us
beware satu je,bezakan antara kita concern dan busybody dengan sahabat kita..nanty masa lain saya membebel pasal ni pulak

saya kuat kerana saya orang Islam..

orang Islam kena kuat bukan lembik bila ditimpa masalah,habis tak boleh buat semua benda..
cuma,bila rasa penat berhenti sekejap untuk cari kekuatan baru..bukan terus berhenti tak bangun2 lagi..

dan satu lagi, jangan pernah berhenti memandang orang yang lagi susah dari kita untuk sentiasa redha dan bersyukur dengan segala yang kita ada..

dan sentiasa juga memandang orang yang lagi bertaqwa dan hebat dari kita untuk improve dan islah diri menjadi lebih baik dari hari ke hari : )

ni saya curi dari facebook..tapi kata2 ni sangat bermakna..



Ketika kamu tetap tersenyum,meskipun merasa sakit....

Ketika kamu tetap memberi,meskipun tak pernah dibalas...


Ketika kamu tetap ceria,meskipun terluka...



Ketika kamu tetap diam,meskipun perih...

Dan ketika kamu bahagia,meskipun kehilangan....

Disitulah ketulusan hati sedang diuji.

Kesedihan mengajarkan tentang indahnya kebahagiaan... Seperti juga sakit,mengajarkan tentang nikmatnya sihat...dan apabila sakit... ALLAH yg menyembuhkanya.

Seringkali kita berputus asa tatkala mendapatkan kesulitan atau cubaan.

Padahal ALLAH telah memberi janji bahwa DISEBALIK KESULITAN ADA KEMUDAHAN, pasti ada jalan keluar yg begitu dekat. SENYUM :)


sekian dulu..


p/s : ohh..jangan pernah lupa doakan saudara2 kita yang ditindas di Palestin, Syria..dan terbaru kes Lahad Datu..dan serata dunia...
juga oh Malaysia terchenta,gelombang pru13..semoga tertegaknya pemerintahan yang mengamalkan Islam secara syumul di Malaysia

Thursday, March 7, 2013

kau jiran,kau sahabat~

Worship Allah and associate nothing with Him, and to parents do good, and to relatives, orphans, the needy, the near neighbor, the neighbor farther away, the companion at your side, the traveler, and those whom your right hands possess. Indeed, Allah does not like those who are self-deluding and boastful.




Maksudnya: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku agar berbuat baik dengan jiran sehingga aku menyangka bahawa dia akan mengatakan bahawa seseorang jiran boleh menjadi waris kepada jirannya.”


Maksudnya: “Wahai Abu Zar! Jika engkau memasak makanan yang berkuah, perbanyakkan kuahnya dan jangan lupa bahagian jiran engkau daripadanya.”


kategori jiran ada 3 :
1. jiran seagama
2. jiran seagama dan mempunyai pertalian darah
3. jiran tidak beragama Islam.


sudah semestinya perbezaan kategori ni mempunyai perbezaan hak mereka



Monday, February 11, 2013

partONE : winterbreak

7hb Februari~

pukul 10 pagi adalah detik2 mendebarkan menghabiskan paper terakhir untuk sem 5 ni.endocrine module..
Alhamdulillah,boleh jawab dengan baik dan rasa confident dan tak seteruk reproductive module sebelum ni.
ok,tutup cerita pasal exam.hehe..


tengahari after habis exam, aku,auni,nazirah dan ahlam teruske mahattah masr, cari tramco untuk ke cairo.
it's been a long time seen last year tak pergi cairo kot.
sepatutnya bebudak mts akhawat lain ada buat netball match petang tu, tapi kitorang tak sempat pun nak join sebab sampai Cairo tu dah malam.

ni kat stesen metro


ni first time naik metro.hehe
terus ke Sayyeda Zainab, rumah mcna dan asma..

malam tu mcna dan asma susah2 masakkan kami spaghetti ala ala melayu.sedap sgt sbb pedas.

apa lagi before tidur tu, bergosip tukar2 cerita sbb lama sgt tak jumpa.ceh~~



bye bye korang.ada jodoh jumpa lagi..thanks a lot <3 br="">


8hb Februari

bangun pagi gosok gigi gunalah ~~ smbung sndiri..
lepas breakfast tu dah nak terus gerak ke hayyu sabi'
sebenarnya nak pergi maarad kutub..tapi sebab hari jumaat,buka after jumaat..
so,kitorg lepak2 rumah bebudak hayyu sabi'..

sume berkumpul kat umah si kembar tu.
malam tu aku menggedik main gurau2 request diorg masakkan nasi lemak.
rupanya diorang buatkan betul2.terharu la~



lepas tu tetiba tukar plan,ingat nak balik alex terus petang tu lepas gi maarad,
tapi diorg suruh stay sehari lg..aigoo,serba slh~~

last2 tukar plan.balik esok.
so,pakat ramai2 nak gi melawat rumah madam juga merupakan bakal ibu muda..
macam tak percaya je, kawan sekelas dah nak ada baby..hua~

ada budak gelojoh.LOL

untung jadi isteri pandai masak.best~

2nd batch mts egypt~

malam tu tidur rumah bahjah..
bahjah masakkan nasi gomok.sejenis makanan thai.
macam tak sangka,dulu2 bergosip dalam bilik.
dah besar ni,duduk kat dapur,masak sama2,borak2..
apa isi nya..secret..hehe

shopping jap dekat2 ngan genena mall.xingat apa nama kawasan tu..

ada kenangan pahit sikit time ni.
ada budak perempuan ni try nak mencopek kitorg,tp tak berjaya..
tapi serik jugak jadi,sebab budak tu melampau sgt..
padah takguna musyrep sangat..kan dah kena

9hb Februari

pagi ni baru gi maarad.
sebenarnya ni hari last dah.so,xbnyk sgt kedai2 buku..
tapi sempat jugak menyambar 2,3 buku..
siap beli atlas lg..


di pintu masuk
bajet posing je


ni tade keje





malam tu, terus naik tren balik alex..penat tapi puas~
moga tauatn ukhwah ni direhaiNya~~