assalamualaikum...

here my site, my own way to present myself as i won't bother anyone
this is how i'm expressing myself by writing here, because most of the time I'm enjoying blogging

Wednesday, December 5, 2012

love.them

biar gambar berbicara~~
hewhewhew:D
semua gambar ni terpaksa di edit untuk tidak men'clear'kan gambar.
memandangkan sebagai wanita muslimah yang ayu lagi terpelihara.cehh
kan tak molek share real picture sesuka hati.


dedikasi untk ahli beyt terchenta,
kita makan sama2
kita solat sama2
kita gaduh manja sama2
kita masak sama2
kita lapar sama2
kita shopping sama2
walaupun semua busy.
dengan jadual kelas yang makin pack
dengan pelajaran yg makin susah
dengan amanah2 dan tanggungjawab lain
dengan cuti yang macam dah takde.eh
harapnya boleh sentiasa bersama2 sampai syurga~~


saya : hish,syima ni.. ijan takde,dia pulak nak cari gaduh ngan orang.
syima : bye la awk,saya nak gi SC ni. dok umah sorang2..
saya : alah, sy nak gaduh ngan sape?
syima : gi lah gaduh ngan bawab.(sebab bawab is our jiran yg pintunya sntiasa trbuka luas.eh)
saya : cess
(ini caranya gaduh2 manja ngan syima.hahah)


saya : ije, awop comey la
ijan : ho,nok gapo,bodek ni
saya : jom gi tuttt (mana2 yg nak gi la)
ijan : hurmm.agok doh. meh la
saya : (ketawa riang)
(ijan yang penyabar melayan saya yang tutt..)
:D

dan tak lupa jugak sorang lagi yang sangat special.
dia menguatkan saya ketika jatuh
mendengar luahan hati saya yg pnjg berjela jela
yang jumpe tiap2 hari dlm lecure,class..hahah
yang tahan melayan bila sy moody~
orang tu ada dlm pic ni,malas nak ckp sape,nnty dye perasan.hahah:p
juga mereka2 yang lain. ramai sangat ni yg sy sayang ni


sempat lagi posing depan lecture hall
mereka yg bersusah sng buat assignment sesama :)





amalkan doa rabitah. jangan lupa !


moga ukhwah ini terjalin keranaNya.
sayang merka semua..
andai, Allah ingin menguji ukhwah kami, moga kenangan2 ini menjadi penawar.


coretcoretan : ohh,aku sgt sweet malam ni .dan seronok mengedit pic sbnrnya.ngeh3..dah,jom study :)

S.A.K.I.T

Assalamualaikum..

Lama dah saya tak berceloteh di sini,
Sebab saya kuat kot berceloteh di alam nyata sampai tak menyempat nak berceloteh di alam maya ni.heheh

Alhamdulillah, saya sangat bahagia bersama ahli beyt baru saya tahun ini.
Saya dimanjakan.
Saya diraikan walaupun banyak kelemahan.
Ok,fine
Apa2 pun kebahagiaan bermula pada diri sendiri
Barulah kita boleh saling membahagiakan antara satu sama lain

Go straight to the main topic today SAKIT atau PAIN kan..
Malas nak bagi definition panjang2, sebab semua pernah rasa kesakitan
Tapi dalam  sudut yang berbeza2

Ada yang sakit dalam definisi medikalnya,ada penyakit
Ada yang sakit jiwanya kerana jauh dari Tuhan
Ada yang sakit hubungannya dengan orang sekeliling

Tapi,realitinya.sejauh mana kita menghadapi kesakitan kita tu
Ada orang tend to deny it
Ada yang sanggup menanggung kesakitan tersebut
Ada yang berusaha mencari jalan menyembuhkan atau mengurangkan kesakitan
Semua itu normal. Sangat common

Tapi yang sangat pelik atau uncommon nya
Dia tak sedar pun yang dia sakit.
Bila tak sedar diri sedang sakit,lagilah takkan pernah terfikir utk cari penawarnya

Ye,saya sendiri ada masalah yang sama.
Sama ada,tahu je diri tengah sakit, tapi buat dunno je
Ataupun tak sedar langsung..
Bila dah parah atau melarat, baru lah kalut..

Tahu tak penyakit paling susah untuk dihadapi adalah 'penyakit hati'
Sebab sangat selalu kita tak sedar hati kita tengah sakit.
Kesian hati~~
kdg2 bila tersedar tu,hati kita dah sangat parah
Sebab hati kan raja segala anggota badan
Bila badan dah rosak,baru kita sedar selama ni hati kita SAKIT..
Tapi nak pulihkan hati tak semudah sakit fizikal yang boleh makan ubat
Tapi jangan putus asa, sebab Allah kan dah janji
Setiap penyakit ada penawarnya
Termasuk hati

Penawar bagi penyakit hati , istighfar. Kembali kepadaNya.
Penawar bagi masalah ukhwah, hayati,amalkan doa rabitah sungguh2,baiki akhlak
InsyaAllah. InsyaAllah..
Walaupun kita rasakan lambat untuk pulih,tapi selagi kita dah mula realise yang hati kita tengah rosak,sebenarnya kita masih belum terlambat..


Lepas tu,saje nak berkongsi.
Surah Maryam ayat 23
tengah baca kisah Maryam
dan dalam ayat tu Maryam merintih kesakitan melahirkan anak.
dan memang tengah belajar module reproductive system ni lagi la rasa feel nye.
ok,walaupun saya tak pernah lagi mengandung,bersalin sume kan.
tapi nak tahu apa penawar ketika sakitnya Maryam waktu ni, Allah memujuk dalam ayat selepas tu,melalui Jibril
dan kemudian Maryam berjaya melahirkan Nabi Isa seorang diri. Allah. Allah

sekian.dulu dari saya.

coretcoretan1 : saya try sorokkan problem,luaran nampak sangat happy,euphoria,bising..tapi,dalam hati ni,Allah je tahu.ye,kadang2 aku sendiri tak faham diri saya.Allah je tahu.doakan.doakan
coretcoretan2 : kalau dah nama perempuan memanglah,hati tu mudah tersentuh. rupanya saya tak kuat,dan akhirnya saya terpaksa mengundurkan diri, takut nnty lagi parah.kena kmbali tegas dengan prinsip sendiri,nak jadi macam sebelum2 ni,takde kaitan langsung dengan mereka2 tut..fitnah ini,ujian yang sangat berat bagi aku.Allah!!



Saturday, November 17, 2012

HALAL HARAM ubatan

Assalamualaikum..
kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan isu ubat ubatan
sebab saya baru je balik dari seminar PHARMED 2012 kat zagzig baru2 ni.

seminar ini menggabungkan kaitan antara bidang farmasi dan perubatan.
ok,sy bukan nak promote atau buat laporan pasal seminar ni sebenarnya, tapi ingin berkongsi berkenaan isu ubat.

ye,sy akui kita sangat alert dengan isu makanan halal haram, boikot etc etc..
tapi bagaimana pula dengan ubat?

"some medications available presently are non halal"

yeah,even dalam FIMA conference yang saya pergi hari tu ada membangkitkan isu ini,tapi lebih menjurus kepada vaccine. so,saya tak tersentuh sgt.eh?

tapi kali ini,pembantangan kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr Noorizan Abd Aziz memang menyentuh sensitiviti saya.
sebab Dr Noorizan seorang ahli farmasi dan juga membuat kajian berkenaan dengan isi kandungan ubat ubatan di Malaysia.
Mengikut perkongsian Dr,beliau telah membuat kajian dan penyelidikan hampir 1000 jenis ubat dan hanya 15% yang diyakini HALAL, 8% confirm HARAM, yang KURANG PASTI 14% dan unknown lebih kurang 95%
sy akan explain yang HALAL tu memang diyakini sumber dan bahannya halal. Manakala yang HARAM tu memang bersumbekan haiwan dan lagi bahaya daripada khinzir.
manakala yang KURANG PASTI tu disebabkan ubatan tersebut dihasilkan melalui proses recombinant dan enginering yang tidak diketahui asal usul gene tersebut sebelum di recombinant kan.
yang UNKNOWN tu pula disebabkan tidak dapat untuk dikenal pasti sumber dan pemprosessan ubatan tersebut.
wow,I'm speechless..

here, I'm listing out some of non- halal medications:
1. some of cough mixtures : Bennatus Expectorant, Rhinathiol, Sanofi-synthelabo, WOODS peppermint cough syrup (yang ni memamg dari kecik my mom xbagi makan.hee ) dan Cirrus
sebab ada campuran alcohol,dan alcohol yg xbole sbnrnya jenis ethanol dan mostly klu tulis alcohol tu memang ethanol.

2. Topical preparations as Kenalog (triamcinolone acetonide), Gelatin : Bovine dan bonjela cream : 33% ethanol.
ohh,sy sangat terkejut bonjela tu sbb common kot guna..

3. heparin yang low molecular weight sbb souce drpd bovine and porcine : Fondaparinux
tapi heparin biasa boleh je, cuma klu guna low molecular weight ni after surgery,physician xperlu monitor dh. tp klu guna heparin biasa,mmg kena monitor utk effectiveness,warfarin plak onset dye dgt lambat..

4.capsule antibiotic : Amoxicilin .. drug ni mmg sy belajar kot masa 2nd year..
NSAID as Naproxen

5. inhaler atau resp. products : Beclomethasone (baru je belajar module lepas) & ipratropium bromide
lagi2, Astemizole, Budesonide, Ciclesonide, Clarithromycin, Dexchlorpheniramine..

6.Insulin yg bersumberkan bovine & porcine..

sebenarnya,Dr kata lagi physician sangat takde masa untuk alert dan cek satu2 ubat macam ni.
tapi kan, cuba kita fikir. dan saya terasa sangat sebab, klu sekadar kita yang degil nak makan benda haram, so kita tanggung la sendiri dosa dan akibatnya.

but,yang ni kita akan recommend kan dekat patient. kita yg suggest kan benda haram dekat patient tanpa kita sedari. ya Allah nauzibillah.

pesan Dr Noorizan, "tak semua pharmacist atau doctor dapat cek dan alert satu2 berkenaan halal haram ubat ubatan ni, tapi biarlah kita jadi golongan yang rasa bertanggungjawab untuk alert"

yeah,our government is not very supportive about this issues, tapi takkan hanya nak mengharapkan badan2 berauthority smata2 untuk mnjlnkn bnda2 ni. kita boleh usaha mana yg termampu di peringkat kita.

dan memang saya berdoa sangat2 cepatlah "tukar kerajaan kpd pimpinan yang mahukan Islam"
so sorry,kpd yg sensitif dgn kata2 ni, tp banyak benda yang terhalang lagi2 mengenai isu2 umat Islam.tidak terbela,terabai.jgn ingat bnde ni bnde main2 atau isu kecik..

tapi mana yang tak tahu tu nak buat camane kan..serahkan pada Allah. sebab sgt bnyk pharmaceutical company yg hide kan some ingeredients dan sumber nya.

satu lagi ni sumber utk kte check yg disuggestkan oleh Dr Noorizan : www.patentonline.net
atau Remington,The Science & Practice of Pharmacy, 2005
Sigma-Aldrich, updated 2012

Alhamdulillah juga, ramai student2 Malaysia kita di UIAM, UM, USM, UiTM, UPM yang seriously meneruskan usaha mengkaji dan ingin membukukan list ubatan2 haram ni.
so,jgn rse selesa pulak, tugas kita masih belum berakhir dan kena contribute dgn mereka untuk menerukan usaha2 ni. sekian

coretcoretan: serious sy tertanya2 boleh  ke kita belajar ubat2 yang haram ni? ke xpe je sbb just belajar.hurmm


Monday, November 5, 2012

myhero.myabah

Assalamualaikum..
rasanya lama sangat menyepi.
Allah takbagi kesempatan untuk berkongsi di sini..
saya banyak merapu meraban kat twitter lagi.hewhew

takdelah, actually lama dah nak cerita about my abah.ahha

before this, seriously I'm not so close with my abah
but this summer break I explore and be close to him..
not so close but I think is better than before
*xdelah maksudnya sy tak baik dengan abah sy,cuma xberapa rapat je.

yeah,typical malay man. they are too egoistic to show their love toward his lover.
same with my abah.
selalu nampak hambar je, but still I know he loves us,their children :)

My abah is pensioner.so, he always at home with me during holiday compare to my mom which still working at KL..
Abah serius malas  nak drive hantar saya gi mana2.
tapi baru2 ni,saya jumpa cara untuk tackle dia.heheh...
saya akan merayu2 dan merengek2 minta abah hantarkan juga sampai dia serabut.cess
dah besar pun buat perangai camtu,tp mmg berkesan lah.
Itulah faktor saya teringin sangat nak beli kereta even secondhand pun jadilah sebab serious payah nak bergerak kat Malaysia tu untuk ke program2 atau seminar2..

Ada satu kisah lagi,saya buat lawak apa entah pergi selongkar barang adek.
entah camne tangan saya terseret kaca.besar juga luka.
darah mengalir tak henti2.
*ok,sy memang mabuk darah kalau darah sendiri.tapi kalau darah orang lain okey je kot.
I'm screaming loudly.heheh
abah dengan coolnya datang bawa tisu buat muka risau suruh lap darah dan basuh luka tu.
padahal abah pun mabuk darah juga.lala~
so,saya rasa abah sangat heroic time tu..

Bila ke mana2 ngan abah.
pergi shopping barang balik Mesir sekali.
pastu demand nak gi shopping mall yang jauh2 semata2 nak cari bantal comel,abah layankan je..
cari barang komputer kat low yatt naik LRT sekali.
abah suka sangat bercakap.eh?..
suka bercerita macam2 isu..
sekecil2 isu macam isu orang buang sampah merata2 sampailah isu besar2 macam isu politik ke..
kadang2 xfaham sangat pun,tapi layankan aje.
sebab sebagai anak tengah yang solehah lagi comel,saya memang pendengar setia terbaik dalam family saya.cehh~
lagi,abah bercerita tentang impian dan angan2 dia.ok,ada je yg mcm merapu,tapi layankan je.

ohh.I fell excited sebab...
sebelum2 ini,saya banyak dengar cerita dan celoteh dari mak.
abah takpernah pun nak cerita2 macam tu..

ohh.rasa nak menitik air mata tap tap.rindukan rumah dan segala isinya.

kemain abah posing

nanti nanti.bila sampai masa
saya kena lebih taatkan si suami dari abah sendiri.
tapi jasa bakti mereka saya tak terbalas lagi.camane tu..

ya,hargailah orang tersayang kita.
lagi lagi parents.
dari sekolah menengah saya memang berjauhan dengan family.
pastu masuk uni lagi jauh.
bila je masa yang diluangkan dengan mereka?



Monday, September 24, 2012

learn something new

ha.ha.ha

excited ni.
so benefit pe sy stalk2 si dia.thanks to him. :p
saya terjumpa sumthing. lama dah nak tau cara buat benda ni,tapi takde sapa boleh ajarkan.haha

     

and finally, hasilnya.
ni kes boring takde keje cuti2 la ni.haha
my three versions of desktop :

red is favourite one

blue not bad


kuning = BERSIH !

rewind back

assalamualaikum diri dan semua

okey,saya tengah menghitung hari.satu.dua hari lagi nak fly ke Mesir balik. my feeling is stable. happy pun ada,sad pun sikit2.
sebenarnya, saya dah mula sukakan kehidupan saya di sana.
yeah,you must happy with your environment to live a happy life.bla.bla.

enough.mula untuk rewind balik.
oh,sy tetiba nak merewind2 ni bukan apa,sebab saya baru je lepas stalk fb sendiri.tengok timeline dari zaman 2009 hingga sekarang.dari zaman lepas spm sampai la dah jadi 2nd year medical student kot.
okey,nak masuk 3rd year dah ni.sedar tak?

"sometimes,we need to look our past to improve our future." -myquote

ok,gelak puas2 dulu.hahahahahhahaha
sbb rasa kelakar sgt dgn status sendiri time tgh giler2 rajin online,buka fb..ntahapaapa
suka2 je post pasal lagu ntahpape la,cerita2 drama.
post psl perasaan,hati smpai kena sound ngan my abang2.huahua
komen sesuka hati ngn guys la.hurmm~

rewind and rewind again.
but then.
I delete which one is not proper.
which one is no more my style.
yeah.people change.
I didn't realize when I've changed
but actually I changed a lot.
hopefully to be more better..

tahu apa yang saya rasa.
ok,saya kadang2 jadi benci dengan perkara2 ntahpape yang saya buat dulu.taksuka
dan bila saya nampak orang sekeliling saya buat juga.saya pun tak suka.
tapi saya lupa,saya pun macam tu jugak dulu.
so,bila saya rewind, thinking about my past make me realize jgn cepat taksuka atau bahasa kasarnya annoyed dengan perangai orang la,sebab you yourself pun dulu sama je.

ok,kita buka skop yang lagi luas.
bila perkara salah jangan berhenti untuk taksuka dgn perbuatan tu.
cuma berpada2,jgn smpai tak suka sekali dgn si pelaku tersebut.
saya cakap cmni,sebab saya sedar saya selalu terbabas jugak.
tapi bila sy rewind masa silam saya.baru boleh fikir secara rasional untuk stop dari mula rasa taksuka dengan orang.huhu

boleh je buka cerita slow2 kisah saya.
macamane zaman sekolah dulu,saay habis selamba contact dan berkawan je ngan guys.my schoolmate jugak,bukan lah orang sembarangan.
my school kan kawalannya ketat.mana boleh kantoi contact laki perempuan even as a friend..
then,most of my friends sibuk suruh jd orang tengah minat si dia ni,minat si dia tu.ok.penat.
oh.jgn buruk sangka sgt.contact melalui internet or phone je ni.still.batas tu tetap ada.
tapi masa tu,saya memberontak,sebab tak suka dikongkong,dikawal oleh peraturan sekolah.lagi dilarang lagilah nak buat.kan.

tapi makin lama,makin besar.
sy rasa sume benda tu nonsense.buang duit.buang masa.takde sapa pun larang ke marah ke.
sbb tu frankly speaking,saya lagi suka my life as a uni student dari zaman sekolah dulu
sebab again,saya tak suka dikongkong,dikawal oleh orang lain sesuka hati.
kesedaran dari kesilapan yang saya lakukan mesti daantg dari diri saya sendiri.buakn dari orang2 yang asyik bising nak larang itu ini.that's me.:)
Nak nasihatkan,tegur tak pe,tapi bukan paksaan. sebab itu cara my parents didik saya.
mereka sangat terbuka untuk saya membuat pilihan dalam setiap perkara.kalau ada kesilapan atau kekurangan mereka akan tegur dan support dari belakang walau apa pun decision yang saya pilih~

"boys are stupid, some men too" ~quotebyhlovate .. harhar
then,slow slow.saya mmg terus malas dah nak berkawan.lagi2 dgn guys la.tawar hati.

bnyk sgt reasonnya klu nk ckp kat sini.
so,now i'm happy with myself yg memang macam kera sumbang kalau kena communicate with guys tanpa keperluan.haha..
don't worry.just be professional.time study bila perlu communicate go on je.

tapi saya sekarang adalah anti-social.
tengah berusaha nak balance kan supaya tak jadi lone ranger je ni.
tp tak lupa juga quote 'erti hidup pada memberi'..so,sebb tu saya sukarela join persatuan ke jemaah ke..
sbb still.hidup sebagai muslim kena bersama.berjemaah.kesatuan.bla.bla


tapi don't expect me to be peramah selamba deangn sume manusia di atas bumi ni,sebab itu memang bukan diri sndiri.
you know better about yourself.
tapi,belum tengok lagi kalau saya bersama dengan family,kawan2 yang rapat..bising kemain.haih~

ok,tu baru one part.
belum masuk  lagi part bergosip sana sini pasal artist la,fesyen la.(ok,fesyen kurang sikit,sbb xberapa minat),paasl muvie la,lagu2 la,novel etc etc.haila~
ohh.bnyknya perkara sia2 yang dah saya lakukan selama hidup di atas muka bumi ni.
guna fb buat perkara yg tak berfaedah.buang masa.huhu
yeah.nama pun social network kan. so,untuk improve diri.saya berfb bila perlu.
rapatkan ukhwah dgn family dan kwn2 yang jauh,relatives sume : )

social network.still.i can live without it :p

then,nakal2 dulu fly over.sebab stress kat sekolah.
balik rumah kawan.
plan mcm2 sebab nak lepas biar bole balik jugak.hikhik.kelakar

oh,now.saya langsung takreti nak bergosip2 artis,benda2 ntahapape tu.tak minat
sbb memang saya tak pernah nak amek tau pun hal dorg. kalau yang cerita2 artist ni dapat hidayah,berubah jadi lebih baik tu saya amek tau la jugak..doakan penghijrahan mereka sama2..
bergosip kengkawan,senior2 tu dh berkhwin,bertunang tu memang adalah kdg2.sape2 pun tak terlepas kan.haha
dan jujur.saya tak suka kwn2 ponteng kelas without any solid reason.dan memang saya tak pernah,takkan dan tak suka ponteng2 kelas ni.
padahal dulu,saay kaki ponteng kot.
ye,bila diri membesar.kita belajar melalui pemerhatian dengan dunia sekeliling.
mengenali ramai orang yang baik2 dan hebat2..

kita faham dan hayati kenapa sesuatu tu salah,tak boleh buat.apa effects nya pada diri dan orang sekeliling.
again,tak perlu taklid atau buat sesuatu membuta tuli.

ops.takla sampai sedahsyat ni.hehe
dah.penat menaip.walaupun mcm2 nak membebel lg ni.tp bermain2 dlm minda je sbb xlarat nak menaip.
oh.kan best klu ada alat yg boleh taip atau tuliskan apa yg kita fikir atau cakap.hehe

last but not least, again ..

"sometimes,we need to look our past to improve our future"

yang lepas tu ambil sebagai iktibar.
yang tak elok janji pada diri takkan ulanginya lagi..
dan mana yang kurang tekad pada diri untuk baikinya lagi.

sekian dan salam sayang dari saya (:




Thursday, August 30, 2012

MERDEKA? no feeling~

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

esok 31 Ogos. perasan tak.huhu
ohh,seyes, i had no feeling at all. memang sygkan negara sndiri, tp sbb sy xberapa respect pemimpin yg xmengamalkan Islam kat negara ni menyebabkan sensitiviti dan semangat patriotik sy kurang.

pum pam pum pam. bunyi mercun dah meletop2 kat luar umah tu.
risau tak?
mesti ramai muda mudi yg merayau kononnya nk countdown merdeka smbil tu maksiat berleluasa.
sy pun org muda, tp maybe sy ni golongan muda yang pelik sbb sy xsuka kuar rumah.hihihi

dulu masa zaman budak2 dulu suka je tgk perarakan merdeka.
cantek pe,warna warni penuh kreatif.
tp skang ni bosan! lame!
buka tv, xabes2 lagu nonsense 1Malaysia tu.

dah lama perasaan ni membuak2 di dlm benak hati sy.
sy perhatikan ramai di kalangan kita,lagi2 rakan2 sy di Mesir.
di suasana pergolakan dan pilihanraya di Mesir baru2 ni,sume bersemangat.
inginkan kemenangan Moursi,seorang pemimpin yg ingin menegakkan Islam.

tp bila buka crta je psl negara sndiri Malaysia. tutttt.. terus diam membisu..
sy xnak komen pape.sy xkata mrk setuju atau tak.
cuma,tak perasan ke suasana Malaysia lebih kurang je ngan Mesir ni.
sy xkata exactly the same, but nearly ok.
Pemimpin yg zalim pegang tapuk kepimpinan, rasuah dan tipu rakyat, berat sebelah dgn media massa.
seyes,nak sama mcm Mesir.
yg bezanya, kita still ada ruang demokrasi (walaupun xsepenuhnya diberi ruang secara adil)

maybe xperlu jd ekstrem or obvious utk mnunjukkan kamu di pihak mana.
cuma kebenaran tu ttp kebenaran,xperlu nak disorokkan.
ramai je perasan, tp suka buat2 xtahu. dan mbina suasana jgn masuk campur hal politik klu kamu still pelajar.
hello.xde lah smpai suruh buat demonstrasi,buat huru hara sana sini.
tp bg sy,klu amek tahu dan sntiasa ingin mncari kbnrn pn dh cukup buat level kte sbg student
dan lg bagus klu membincangkan jln penyelesaiannya skali.
klu xmmpu laksanakan skrg, sekurang2nya pd mse akn dtg ke dah punyai pengetahuan dan pendirian.kan.

sampai bila nak tido!
bila sume sibuk bising2 negara kita dah aman,xkan nak jadi mcm Mesir.
ohh,aman ke negara kita ni? cek balik betol2.
rumah sy sndiri pnah kena pecah masuk,hilang set audio abah sy.
baru2 ni sy balik kg di Perak. kesian tgk atok n opah sy,punyalah takut pencuri masuk rumah,buat mcm2 perangkap. sorok brg2 berharga. sbb opah sebelm ni penah kena ragut rantai emasnya.
juga kwn sy tinggal di Kuala Krai,baru2 ni kena rompak,hilang beribu2 mcm tu je.
wah,aman sgtlah kan.
tu xmasuk kes zina, buang anak yg xpernah berkurang angkanya.
mmglah klu xkena atas btg hidong sndiri, sedaplah. klu dah terkena,baru tau nak melatah

sy xnak membebel panjang2 masalah,tanpa penyelesaian.
maybe lah sy xbole nak selesaikan sorg2 klu di satu pihak je.,
kita sume kena bangun,
jgn mimpi Malaysia dan dunia nak aman klu Islam tak tertegak di bumi Allah ni.

takpelah, laksanakan tugas masing2
yang sdg menyampaikan kebenaran.teruskan
yang sedang berjuang mendapatkan kuasa. teruskan
yang sedang membangunkan yang sedang lalai. teruskan
yang sedang meringankan beban yang susah . teruskan
yang sedang menghayati dan mengkaji sejarah kebangkitan Islam dan Malaysia. teruskan

yang penting nawaitu lillah dan semat di hati. kita perlukan amalkan Islam scr menyeluruh di negara kita.

sy meluat dgn masyarakat kita
dgn xabes2
amalan khurafatnya,
maksiat berleluasa,
dengki busuk hatinya,
terlalu gilakan adat.
terlalu mengejar kemewahan

sampai bila?

coretcoretan: alah,nak tunjukkan smngt cintakan negara xsemestinya kibarkan jalur gemilang sambil nyanyi lagu kebangsaan la. itu sgt childish. bnyk lg perkara yg lg realistik utk dilakukan.again, i said xsemestinya.ok
;D