assalamualaikum...

here my site, my own way to present myself as i won't bother anyone
this is how i'm expressing myself by writing here, because most of the time I'm enjoying blogging

Saturday, November 17, 2012

HALAL HARAM ubatan

Assalamualaikum..
kali ini saya ingin berkongsi maklumat berkenaan isu ubat ubatan
sebab saya baru je balik dari seminar PHARMED 2012 kat zagzig baru2 ni.

seminar ini menggabungkan kaitan antara bidang farmasi dan perubatan.
ok,sy bukan nak promote atau buat laporan pasal seminar ni sebenarnya, tapi ingin berkongsi berkenaan isu ubat.

ye,sy akui kita sangat alert dengan isu makanan halal haram, boikot etc etc..
tapi bagaimana pula dengan ubat?

"some medications available presently are non halal"

yeah,even dalam FIMA conference yang saya pergi hari tu ada membangkitkan isu ini,tapi lebih menjurus kepada vaccine. so,saya tak tersentuh sgt.eh?

tapi kali ini,pembantangan kertas kerja yang dibentangkan oleh Dr Noorizan Abd Aziz memang menyentuh sensitiviti saya.
sebab Dr Noorizan seorang ahli farmasi dan juga membuat kajian berkenaan dengan isi kandungan ubat ubatan di Malaysia.
Mengikut perkongsian Dr,beliau telah membuat kajian dan penyelidikan hampir 1000 jenis ubat dan hanya 15% yang diyakini HALAL, 8% confirm HARAM, yang KURANG PASTI 14% dan unknown lebih kurang 95%
sy akan explain yang HALAL tu memang diyakini sumber dan bahannya halal. Manakala yang HARAM tu memang bersumbekan haiwan dan lagi bahaya daripada khinzir.
manakala yang KURANG PASTI tu disebabkan ubatan tersebut dihasilkan melalui proses recombinant dan enginering yang tidak diketahui asal usul gene tersebut sebelum di recombinant kan.
yang UNKNOWN tu pula disebabkan tidak dapat untuk dikenal pasti sumber dan pemprosessan ubatan tersebut.
wow,I'm speechless..

here, I'm listing out some of non- halal medications:
1. some of cough mixtures : Bennatus Expectorant, Rhinathiol, Sanofi-synthelabo, WOODS peppermint cough syrup (yang ni memamg dari kecik my mom xbagi makan.hee ) dan Cirrus
sebab ada campuran alcohol,dan alcohol yg xbole sbnrnya jenis ethanol dan mostly klu tulis alcohol tu memang ethanol.

2. Topical preparations as Kenalog (triamcinolone acetonide), Gelatin : Bovine dan bonjela cream : 33% ethanol.
ohh,sy sangat terkejut bonjela tu sbb common kot guna..

3. heparin yang low molecular weight sbb souce drpd bovine and porcine : Fondaparinux
tapi heparin biasa boleh je, cuma klu guna low molecular weight ni after surgery,physician xperlu monitor dh. tp klu guna heparin biasa,mmg kena monitor utk effectiveness,warfarin plak onset dye dgt lambat..

4.capsule antibiotic : Amoxicilin .. drug ni mmg sy belajar kot masa 2nd year..
NSAID as Naproxen

5. inhaler atau resp. products : Beclomethasone (baru je belajar module lepas) & ipratropium bromide
lagi2, Astemizole, Budesonide, Ciclesonide, Clarithromycin, Dexchlorpheniramine..

6.Insulin yg bersumberkan bovine & porcine..

sebenarnya,Dr kata lagi physician sangat takde masa untuk alert dan cek satu2 ubat macam ni.
tapi kan, cuba kita fikir. dan saya terasa sangat sebab, klu sekadar kita yang degil nak makan benda haram, so kita tanggung la sendiri dosa dan akibatnya.

but,yang ni kita akan recommend kan dekat patient. kita yg suggest kan benda haram dekat patient tanpa kita sedari. ya Allah nauzibillah.

pesan Dr Noorizan, "tak semua pharmacist atau doctor dapat cek dan alert satu2 berkenaan halal haram ubat ubatan ni, tapi biarlah kita jadi golongan yang rasa bertanggungjawab untuk alert"

yeah,our government is not very supportive about this issues, tapi takkan hanya nak mengharapkan badan2 berauthority smata2 untuk mnjlnkn bnda2 ni. kita boleh usaha mana yg termampu di peringkat kita.

dan memang saya berdoa sangat2 cepatlah "tukar kerajaan kpd pimpinan yang mahukan Islam"
so sorry,kpd yg sensitif dgn kata2 ni, tp banyak benda yang terhalang lagi2 mengenai isu2 umat Islam.tidak terbela,terabai.jgn ingat bnde ni bnde main2 atau isu kecik..

tapi mana yang tak tahu tu nak buat camane kan..serahkan pada Allah. sebab sgt bnyk pharmaceutical company yg hide kan some ingeredients dan sumber nya.

satu lagi ni sumber utk kte check yg disuggestkan oleh Dr Noorizan : www.patentonline.net
atau Remington,The Science & Practice of Pharmacy, 2005
Sigma-Aldrich, updated 2012

Alhamdulillah juga, ramai student2 Malaysia kita di UIAM, UM, USM, UiTM, UPM yang seriously meneruskan usaha mengkaji dan ingin membukukan list ubatan2 haram ni.
so,jgn rse selesa pulak, tugas kita masih belum berakhir dan kena contribute dgn mereka untuk menerukan usaha2 ni. sekian

coretcoretan: serious sy tertanya2 boleh  ke kita belajar ubat2 yang haram ni? ke xpe je sbb just belajar.hurmm


Monday, November 5, 2012

myhero.myabah

Assalamualaikum..
rasanya lama sangat menyepi.
Allah takbagi kesempatan untuk berkongsi di sini..
saya banyak merapu meraban kat twitter lagi.hewhew

takdelah, actually lama dah nak cerita about my abah.ahha

before this, seriously I'm not so close with my abah
but this summer break I explore and be close to him..
not so close but I think is better than before
*xdelah maksudnya sy tak baik dengan abah sy,cuma xberapa rapat je.

yeah,typical malay man. they are too egoistic to show their love toward his lover.
same with my abah.
selalu nampak hambar je, but still I know he loves us,their children :)

My abah is pensioner.so, he always at home with me during holiday compare to my mom which still working at KL..
Abah serius malas  nak drive hantar saya gi mana2.
tapi baru2 ni,saya jumpa cara untuk tackle dia.heheh...
saya akan merayu2 dan merengek2 minta abah hantarkan juga sampai dia serabut.cess
dah besar pun buat perangai camtu,tp mmg berkesan lah.
Itulah faktor saya teringin sangat nak beli kereta even secondhand pun jadilah sebab serious payah nak bergerak kat Malaysia tu untuk ke program2 atau seminar2..

Ada satu kisah lagi,saya buat lawak apa entah pergi selongkar barang adek.
entah camne tangan saya terseret kaca.besar juga luka.
darah mengalir tak henti2.
*ok,sy memang mabuk darah kalau darah sendiri.tapi kalau darah orang lain okey je kot.
I'm screaming loudly.heheh
abah dengan coolnya datang bawa tisu buat muka risau suruh lap darah dan basuh luka tu.
padahal abah pun mabuk darah juga.lala~
so,saya rasa abah sangat heroic time tu..

Bila ke mana2 ngan abah.
pergi shopping barang balik Mesir sekali.
pastu demand nak gi shopping mall yang jauh2 semata2 nak cari bantal comel,abah layankan je..
cari barang komputer kat low yatt naik LRT sekali.
abah suka sangat bercakap.eh?..
suka bercerita macam2 isu..
sekecil2 isu macam isu orang buang sampah merata2 sampailah isu besar2 macam isu politik ke..
kadang2 xfaham sangat pun,tapi layankan aje.
sebab sebagai anak tengah yang solehah lagi comel,saya memang pendengar setia terbaik dalam family saya.cehh~
lagi,abah bercerita tentang impian dan angan2 dia.ok,ada je yg mcm merapu,tapi layankan je.

ohh.I fell excited sebab...
sebelum2 ini,saya banyak dengar cerita dan celoteh dari mak.
abah takpernah pun nak cerita2 macam tu..

ohh.rasa nak menitik air mata tap tap.rindukan rumah dan segala isinya.

kemain abah posing

nanti nanti.bila sampai masa
saya kena lebih taatkan si suami dari abah sendiri.
tapi jasa bakti mereka saya tak terbalas lagi.camane tu..

ya,hargailah orang tersayang kita.
lagi lagi parents.
dari sekolah menengah saya memang berjauhan dengan family.
pastu masuk uni lagi jauh.
bila je masa yang diluangkan dengan mereka?