assalamualaikum...

here my site, my own way to present myself as i won't bother anyone
this is how i'm expressing myself by writing here, because most of the time I'm enjoying blogging

Wednesday, December 5, 2012

S.A.K.I.T

Assalamualaikum..

Lama dah saya tak berceloteh di sini,
Sebab saya kuat kot berceloteh di alam nyata sampai tak menyempat nak berceloteh di alam maya ni.heheh

Alhamdulillah, saya sangat bahagia bersama ahli beyt baru saya tahun ini.
Saya dimanjakan.
Saya diraikan walaupun banyak kelemahan.
Ok,fine
Apa2 pun kebahagiaan bermula pada diri sendiri
Barulah kita boleh saling membahagiakan antara satu sama lain

Go straight to the main topic today SAKIT atau PAIN kan..
Malas nak bagi definition panjang2, sebab semua pernah rasa kesakitan
Tapi dalam  sudut yang berbeza2

Ada yang sakit dalam definisi medikalnya,ada penyakit
Ada yang sakit jiwanya kerana jauh dari Tuhan
Ada yang sakit hubungannya dengan orang sekeliling

Tapi,realitinya.sejauh mana kita menghadapi kesakitan kita tu
Ada orang tend to deny it
Ada yang sanggup menanggung kesakitan tersebut
Ada yang berusaha mencari jalan menyembuhkan atau mengurangkan kesakitan
Semua itu normal. Sangat common

Tapi yang sangat pelik atau uncommon nya
Dia tak sedar pun yang dia sakit.
Bila tak sedar diri sedang sakit,lagilah takkan pernah terfikir utk cari penawarnya

Ye,saya sendiri ada masalah yang sama.
Sama ada,tahu je diri tengah sakit, tapi buat dunno je
Ataupun tak sedar langsung..
Bila dah parah atau melarat, baru lah kalut..

Tahu tak penyakit paling susah untuk dihadapi adalah 'penyakit hati'
Sebab sangat selalu kita tak sedar hati kita tengah sakit.
Kesian hati~~
kdg2 bila tersedar tu,hati kita dah sangat parah
Sebab hati kan raja segala anggota badan
Bila badan dah rosak,baru kita sedar selama ni hati kita SAKIT..
Tapi nak pulihkan hati tak semudah sakit fizikal yang boleh makan ubat
Tapi jangan putus asa, sebab Allah kan dah janji
Setiap penyakit ada penawarnya
Termasuk hati

Penawar bagi penyakit hati , istighfar. Kembali kepadaNya.
Penawar bagi masalah ukhwah, hayati,amalkan doa rabitah sungguh2,baiki akhlak
InsyaAllah. InsyaAllah..
Walaupun kita rasakan lambat untuk pulih,tapi selagi kita dah mula realise yang hati kita tengah rosak,sebenarnya kita masih belum terlambat..


Lepas tu,saje nak berkongsi.
Surah Maryam ayat 23
tengah baca kisah Maryam
dan dalam ayat tu Maryam merintih kesakitan melahirkan anak.
dan memang tengah belajar module reproductive system ni lagi la rasa feel nye.
ok,walaupun saya tak pernah lagi mengandung,bersalin sume kan.
tapi nak tahu apa penawar ketika sakitnya Maryam waktu ni, Allah memujuk dalam ayat selepas tu,melalui Jibril
dan kemudian Maryam berjaya melahirkan Nabi Isa seorang diri. Allah. Allah

sekian.dulu dari saya.

coretcoretan1 : saya try sorokkan problem,luaran nampak sangat happy,euphoria,bising..tapi,dalam hati ni,Allah je tahu.ye,kadang2 aku sendiri tak faham diri saya.Allah je tahu.doakan.doakan
coretcoretan2 : kalau dah nama perempuan memanglah,hati tu mudah tersentuh. rupanya saya tak kuat,dan akhirnya saya terpaksa mengundurkan diri, takut nnty lagi parah.kena kmbali tegas dengan prinsip sendiri,nak jadi macam sebelum2 ni,takde kaitan langsung dengan mereka2 tut..fitnah ini,ujian yang sangat berat bagi aku.Allah!!



No comments: