assalamualaikum...

here my site, my own way to present myself as i won't bother anyone
this is how i'm expressing myself by writing here, because most of the time I'm enjoying blogging

Wednesday, October 30, 2013

scrub day

bismillah.. :)  :)
hari ini nak senyum sampai ke telinga..hehe

yeah, sekarang ini tengah tahun clinical, first department yang tengah attempt sekarang ENT atau ORL..
seronok tak tipu clinical year ni, walaupun maybe lah tak masuk part susah lagi la kan..

so, today my first dah pakai scrub sepanjang hari, bajet je lebih ni
sebenanrnya ingatkan hari ni nak masuk ER jap, tambah pengalaan kononnya, tapi tak pergi pun
cumanya awal2 pagi tu join je group acik pergi OR, dah alang2 pakai scrub ni.. hehe

so, ini first experience kebetulan doc tgh buat cochlear implantation for a boy which have congenital SNHL..
anesthesiologist yang baik tu lah cerita, kat sini harga cochlear tu lebih kurang seribu genih..
tapi dapat attend first hour je, padahal surgery tu biasanya 3 jam
sebab pukul 9 tu ada lecture and also my group ada outpatient clinic round
excited kot, ni first time tengok surgery live, walaupun sebelum ni pernah gi tgk surgery O&G masa first year tapi feel nya lain sebab masa tu kira macam tak tahu apa2 sangat, round sesaja je..dan memang tak pakai scrub pun
lagipun saya memang suka tengok movie2, video2 org buat surgery ni..haha
(dan ada jugalah bercita2 untuk jadi surgeon, tapi tengoklah dulu macam mana nanti)

takpelah dapat tengok sekejap pun jadilah.. sebab yang ni pun bukan turn group saya lagi untuk OR round
pakai rempuh je masuk group orang lain

dan ketika di outpatient clinic, kitorang berdepan dengan 7 kes yang berbeza..
ok lah, resident doc tu sangat supportive je, explain semuanya dan siap ajar cara nak tengok CT scan lagi..
and almost cases doc tu bagi tengok otoscopy examination tu

1. peritonsillar abscess
2. chronic rhinosinusitis
3. traumatin attic central perforation
4. otomycosis
5. acute pharyngolaringitis
6. impacted wax bilaterally (a cute baby girl)
7. unilateral hearing loss due to trauma

so, this is for today, nak kena study sikit case2 yang ditengok tadi..
nanty i will update more details from the cases i got to see today..

p/s : azam budak baru dua hari berumur 21 tahun.. nak jadi budak rajin belajar dan fokus
dan juga hari ni mak kena tahan ward..doakan~

Wednesday, October 16, 2013

decision~


If they make me to choose either Alex or Malaysia.. Of course I choose Alex..

If they make me to choose either family or money, of course I choose family..

If they make me to choose either study or holiday, of course I choose holiday..eh?:p



p/s:lagi seminggu lagi berada di sini, spending precious time with family..huhu

and nervous excited nak naik clinical year,4th year faculty of medicine Alexandria Uni..


Ini semua cerita jika diberi pilihan, dan jika tiada pilihan redha dengan segala yang ditetapkan Sang Pencinta adalah sepatutnya..


dan setiap pilihan mesti mempunyai sebab musababnya, setelah beristikharah, berbincang sebaik nya menimbang baik buruk segala yang bakal berlaku, risiko2 yang akan dihadapi
dan untuk diri ini , akhirnya membuat keputusan meneruskan pengajian ke Alexandria Uni, 4th year..
dulu, memang kuat lagi hati berbolak balik.. Mesir ke Malaysia.. ahha
tapi itu sebelum result kpm keluar baru2 ini..
sebabnya, memang hati ni rasa kuat je kat Alex, 

tapi, takut juga kalau diri ini seorang sahaja di sana, terkontang kanting kawan2 lain semua nak sambung Malaysia, atau memang takde harapan langsung nak balik sana dah jika keadaan bertambah2 worse..

bila tanya parents, mereka galakkan istikharah je dan diorang akan menyokong je apa2 keputusan yang akan dibuat oleh saya..
how supportive they are

so i just isi borang tu (isi main2 je kot, ingat senang nak pilih uni semua tu sebab memang takde buat research apa2 langsung .. hua~)

walaupun ada lah mulut2 berbicara mengatakan kalau dah rasa memang nak sambung Egypt tak perlulah isi borang tersebut, nanti pula mengambil hak orang lain. lol
i can't accept this nonsense mindset. oh, hello.. rezeki masing2 Allah yang tentukan
kalau dah tak dapat tu, tak de sebab la nak salahkan orang lain, dah memang takde rezeki
in case, desperate sgt nak sambung sini even tak dapat kena usaha lebih sikit dengan cara2 lain, macam buat rayuan ke apa

dinilai pro dan cons buat diri ini, 
saja lah nak list sikit.. tapi ini berdasarkan suasana dan keadaan myself
so, tak de nak kata orang lain kena setuju atau kalau tak setuju diam2 sudah..
this is my seposen opinion

first of all, betapa diri ini susah sangat nak adapt tempat baru, dengan orang sekeliling yang baru, even maybe la uni yang nak masuk tu ada jugak kawan2 lama sorg dua, tapi yang ramai2 lain tu, diorang semua dah ada geng, kenal dah bertahun2..


bayangkan saya sendiri, dulu nak masuk dengan budak2 alex batch sendiri ni makan masa dua taun lebih , baru boleh feels they like my family.. boleh baik selamba tunjuk belang sendiri.. eceh :p

lagi pulak, saya tak berapa suka environment Malaysia, untuk berjalan seorang2 atau bergerak sesuka hati nak ke mana2.. 
walaupun kalau uni area KL, memanglah dekat dengan rumah dan maybe akan ada kereta,
tapi susah, agak susah bilamana parents dekat dan mereka akan sentiasa risau dan mengongkong untuk bergerak ke mana2
kalau duk Malaysia time cuti seronok lah, memang takde la nak keluar rumah sangat
kalau keluar pun dengan parents or family
satu lagi tabiat saya kalau dah dekat ni kepala asyik ingat nak balik je, sama lah masa duk kat DQ dan shahputra dulu.. every week saya balik kot
kalau dah kerap balik bila nak study secara serious nya.. huhu
kalau di alex, even menggila je rasa nak balik, tapi bila jauh, hasrat tu terbantut juga bila difikirkan perjalanan, kos sume tu
satu lagi, kenkadang saya ni jenis suka berada dalam dunia sendiri, berjalan2 di tengah2 orang yang bukan bangsa sendiri, yang tak faham bahasa kita.. boleh buat perangai gila2 saya yang ntah pape.. hehe

dan reason yang agak menekan kepala, duit sara hidup.. oh mai, duit saku kalau sambung Malaysia sangatlah sikit compare belajar sana.. ahha *mataduitansedikitdisini
bukan sesaja nak nampak duit je sebenarnya, tapi ukur baju di badan sendiri la
sy bukan datang dari golongan keluarga berada.. abah dah pencen, mak pun akan bersara Januari 2014 ni
abang2 saya semua tengah nak kukuhkan ekonomi family2 baru mereka
dan setakat ini alhamdulillah dah 3 tahun study sana, tak pernah minta mak bank in kan duit ke hape sbab duit cukup je, kalau sesak2 sekali sekala tu ada juga la pinjam duit kenkawan tapi memang lepas masuk duit next tu bayar habis terus, tak de la berhutang lama2
dan kalau beli barang2 peribadi yang agak branded dan mahal sikit, semua hasil duit simpanan sendiri, tak nak susahkan mereka

pastu kalau nak makan2 besar,belanja besar, feeling macam orang kaya sikit hanya dapat dilakukan di mesir
sebabnya, mahal2 makanan diorang bila convert duit malaysia rasa macam ok lagi lah
ni tak de la buat selalu, kadang2 aje, sebulan sekali ke.. tapi kat sini, sorry jangan harap, rasa kedekut sangat nak keluarkan duit tu lagi2 kalau untuk makanan.. haha
(walaupun tahu aje, buka sem ni banyak harga barang naik.. sob3 )

dan reason yang agak kelakar adalah peluang melancong overseas, feeling dunia, udara 4 musim tu adalah sesuatu yang sangat rugi untuk dilepaskan
dan tambahan pulak pesen saya yang suka gilak winter.. haha
sebab sempit2 duit pun boleh la buat backpacking jalan2 negara sekitar2 ni

tapi tipu lah kalu terdetik juga dalam hati ni, kalau buat comparison standard pembelajaran Malaysia mesir, jauh juga bezanya, 
tapi saya takut dan saya memeng pengecut untuk ambil risiko kalau tak boleh nak catch up dengan pembelajaran malaysia, tak pass mana2 tahun, terus tak boleh jd doc, mcm my cousin kantoi satu tahun je terus terpesong dapat optometrist, tak dapat medic.. 
saya tak rasa saya mampu untuk maintain dan perform every years, sebab saya memang akui malaysia agak tough.. 
tabik juga dengan student malaysia ni sebenarnya
( kena ingat diri sendiri yang tahu kemampuan diri sendiri, setiap orang tahap kemampuannya berbeza2)
walaupun hati kecil berkata kalau berusaha, boleh je buat tapi tak pe lah, buat satu perjuangan baru,, buktikan student medic keluaran overseas, specifically alex, not that bad as they though and talked

juga skills tu, untuk adapt kan dengan malaysia punya sistem, setiap kali balik kena rajin2 kan diri buat attachment la dekat hosp2 sini

kalau sentuh isu keselamatan, sesuatu yang perlu dipandang berat juga.. tapi kata hati saya mengatakan insyaAllah baik2 aje, kalau terjadi lagi, duduk rumah berkurung diam2 lah nak buat camane
kalau nak ikotkan kat mana2 sama je kalau nak jadi macam2 tu..
nak terasa kat sini aman sangat, i dun feel the same thing
macam2 kes jenayah berlaku kat sini.. kes culik, rompak, ragut.. huru hara, rasa tak selamat juga
yang penting beringat sebelum kena, jaga diri dan jangan cari pasal.. hewhew

baru2 ini, pergi program engangement mara, dato tu suggest kan kalau nak buat specialist direct and straight way, jangan buat ho kat msia, gi negara lain dan kemudian habis ho , apply terus dgn mara utk sambung specialist, tak de lah terikat dengan hosp msia yang payah nak lepaskna doc dye sbb tak cukup pekerja kononnya..
tapi nak realisasikan benda ni memang ken a perform habes baik lah, xde la nak result average2, cukup2 makan je..
so, i have my new target buka sem ni.. nak struggle betul2, study dan understand dan juga application in real field.. insyaAllah ..amin amin.. harapan dan keinginan besar ni :)

 p/s : nak tahu stand awak.. plish, update la kat mne2.. puas stalk dah ni.. hehe :p 

Wednesday, October 9, 2013

homework


ini sekarang tengah cuti panjang summer..

kali ini okey rasa bermanfaat sikit cuti balik Malaysia sebab dipenuhi oleh aktiviti2 yang dirasakan berfaedah.. eceh

u know, selama study at faculty medicine alex tu i never got any homework.. haha
sekadar doc pesan search some answers tu biasalah tapi tu sangat general untuk semua student

tapi baru2 ini, i temankan my mom pergi ppukm, sebab my mom terkehel lutut dia because of some reasons
tapi kira teruk juga, mak sakit sebab sampai tak boleh jalan
terus direct ke ED, so abah hantar depan tu terus i'm asking for wheelchair, and register my mom
siap settle semua jumpa doc,
alhamdulillah my mom dirawat oleh doc yang baik,
dapat mc almost a week and ada next appointment after a week because the site of pain still swollen and painful..
so, he can't diagnose the real cause of the pain, either because of muscle tear, tendon or other else
tapi alhamdulillah juga not a fracture sbb buat x-ray nothing bad

and the next appointment at the same ED,tp dapat doc lain.. a woman but a bad doc.seriously!
yeah,i'm judging her..haha..
maybe she is thousand better than me with her knowledge, experiences.. tapi attitude kureng.. sorry to said
pengajaran dan peringatan untuk diri sendiri supaya tak jadi doc macam tu..
oh please, ur patient tu tua lagi kot.. sakit hati pulak nengok nya .. layan endah tak endah
please dengar la dulu explanantion patient, sibuk nak tulis report dia
at last doc laki baik sebelum tu datang and kira dia explain for my mom, sebab memang sebelum ni dia yang rawat my mom and dorang terus refer kan ke orthopedics sbb time ni pain tu xhilang lagi

yeah, lepas seminggu lagi pergi lagi ppukm , kali ni terus ke ortho..
dan doc ni la yang dijadikan cerita
terkantoi i'm a medical student. dan dia sibuk nak tanya something
laju je i explained him yang i'm not in clinical year yet.. haha
amek kau, dia bebel2 kat kawan dia that i'm so defensive, takut kena soal macam2 la tu..
tapi best jugak la, i asked him some questions about medical related to ortho..
yelah, musculoskeletal system tu study during my first year kot, tu pun sgt basic kan
siap dia bagi homework
mula tu, i thought he wrote some drug description or medical report


so, maybe this is some lists diagnosis dia terhadap my mom, tapi kena pastikan lepas buat blood test and again x ray..

yah, kebetulan memang tengah belek2 Macleod's clinical examination pemberian my sis-in-law tu
konon baru nak buka prepare2 untuk masuk clinical year next sem ni..

cepat je masa berlalu.. dan buka sem 20 hb Okt ni i'm officially 4th year medical student..
(walaupun dilema Mesir-Malaysia yang memebelenggu)
tapi buat setakat ini, jalan yang dilihat adalah Alex 4th year ..
tapi tengok lah result kpm 18hb nanti kalau ada good news or change of plan.. siapa yang tahu
hanya Dia yang tahu.. amin amin, harap yang tebaik untuk saya dan rakan2 yang lain :)

Tuesday, October 1, 2013

partTWO : winterbreak



Bismillah~
Ini cerita.  saya dan mereka bersama mengukir kenangan, menimba pengalaman
jauh perjalanan luas pandangan
menguatkan tautan antara kami

first time backpacking wo.. haha *excited terlebih
dan memang keseronokan dan pengalaman tu dapat lebih dari travel biasa2 ikut agensi pelancongan
duit pun saving sikit
dan kami anak dara berlima pulak berani2 gi jalan makan angin all by ourself arrangement.. lol

11 hb Februari '13

Di keheningan 4.15 pagi baru nak bangun padahal tempah tramco ke airport el borg dengan sheikh 4.30..
Pukul 7 pagi baru check in, naik RJ airlines
so transit Jordan dalam setengah jam pastu fly terus ke Istanbul..

side view el borg yang  boring..

bersiap nak check in.. ayuh!



langit pagi bumi Mesir
muka mamai sebab tak cukup tidur

transit time..  posing la keje

Then,dalam dua jam perjalanan sampailah ke Ataturk International Airport..
sampai tu macam blur2 jugak lah nak kena cari metro,transport utama kami jalan2 di Istanbul

lepas siap imigresen

Selepas melilau-lilau,tanya orang2 kat situ dan ikut kata hati akhirnya jumpa juga laluan ke stesen metro. 
lepas tu nganga pulak camne nak guna mesin untuk dapatkan token tu pulak. adoi..
try try cuba nasib, nadhirah berjaya guna mesin tu tapi lama jugak la nak boleh tu habes tanya macam2 jenis orang kat situ.. lol

3 lira sorang untuk satu trip tak kira lah jauh mana nak pergi

and finally we got inside this metro tukar satu stesen untuk ke tempat penginapan di Findikli.. stesen hujung sekali kot..

kitorang dari airport stesen Ataturk Halivani - Zeytinburnu - Aksaray untuk tukar tren baru terus ke Findikli



scenery along the journey inside metro :)
inside metro..  we are strangers here!

Kawasan Findikli ni agak berbukit bukit sikit jenuh juga la mendaki untuk sampai ke tempat penginapan Stray Cat Hostel, tapi ayah nadhirah yang tolong book online awal2 dan kitorang dapat murah, lebih kurang 20 lira je..
penginapan area Istanbul ni ingat senang ke nak dapat harga macam tu..
dapat duduk bailik besar sikit yang memang muat katil semua untuk 5 orang.. ok, puas hati je bilik nya
dan breakfast disediakan

Sampai pun hari dah nak gelap, so kami tak plan nak jalan2 lagi, kemas2 barang je
dan nak kena pusing2 Istiklal Caddesi untuk cari money changer dan makan!..

our first food here and forgot its name.. lol

serius ayam dia besar dan sangat kenyang makan sorang
and as usual i'm craving for NASI walau di mana bumi dipijak..  haha
tenshu and ijah sharing foods


muka happy kekenyangan .. alhamdulillah

night view of taksim square
yeah, di tengah kesibukan penduduk Turki



Dalam pukul 7 malam balik ke bilik untuk rehat for the long long journey keesokannya



12 hb Februari '13

Bright day in the second day we at Turkey..
memandangkan kawasan yang kami stay tu berdekatan dengan pantai, apa lagi awal awal pagi lagi dah turun ke pantai
menikmati angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa
tak lupa juga nak kena beli tiket feri untuk ke Bursa lagi dua hari lepas tu

kawasan pantai tu ada taman yang dipenuhi bunga2 


nampak nun jauh pantai membiru, tapi x boleh mandi pun

nice posing.. haha

Dalam pukul 10 pagi dah terus nak gerak ke Blue Mosque and Hagia Sofiya
yeah, again trensport utama kami metro, bersama-sama penduduk tempatan berebut2 naik metro.. hihi


Ni stesen2 yang akan dilalui nak round2 area menarik di Istanbul

laluan metro sama level dengan jalan raya biasa, kalau kat mesir macam tram la kot

serious sini sangat cantik




Ok, first kami masuk ke Blue Mosque, selain datang melawat memang berniat nak solat jamak zohor asar kat sini

There is rule bila masuk waktu solat, after azan, all the visitors which are non muslim not allowed to enter and they must wait outside till we finish praying

masa tu memang betul2 feel perbezaan kami yang Muslim dan non Muslim dan perasaan

selain tu, pelawat boleh masuk kawasan luar bukan tempat solat, sebab tempat solat khas diletak penghadang dan hanya orang Islam je boleh melepasi kawasan tu demi menjaga kesucian tempat solat,
dan kasut memang tak dibenarkan sama sekali

Nak tahu details pasal blue mosque ni buka link ni

ini replika keseluruhan blue mosque

see, like we are so giant and the mosque so small.. hihi


blue mosque, front door

keunikan ukiran bumbung nya
ini tempat khas untuk solat
puas hati dapat bersolat dalam ni, selain hanya sekadar melawat

Lepas habis round2 Blue Mosque, terus gerak ke Hagia Sofiya sebab berdekatan je, dan jimat transport metro
sebab masa ni kami dah beli kad metro berharga 7 lira, dengan kad tu dapat jimat 1 lira sebab setiap perjalanan dari 3 lira jadi 2 lira, kalau habis nilai dia, topap je dekat mesin dia bersepah banyak tepi stesen metro
pasal kad metro dan details bagaimana perjalanan menaiki metro di Istanbul ce buka link ni..


dan masuk ke dalam Hagiya Sofia memang kita boleh je nak ada tour guide tapi kena bayar lah,dan kami student yang biasa2 ni memang tak termampu la nak bayar sebab nak berjimat..

ini description di pintu masuk
so,nak tahiu sejarah dan kisah tu semua kira browse2 ineternet dan baca jelah dekat papan2 tanda penerangan dalam tu. Nak tahu pasal muzium ni ce bukak link ini


penjelasan binaan hagiya sofia



tinggalan binaan yang asal
Cuma my comment bila masuk dalam ni, respect sangat dengan Sultan Muhammad Al Fateh bagaimana dia decorate balik yang asalnya gereja menjadi masjid dan kekal digunakan selama 500 tahun
sehinggalah akhirnya tempat ini ditutp dan diubah menjadi muzium
tapi macam sayang sangat sebab dalam tu ada tulisan Allah Muhammad besar2 tapi tengah2 tu juga ada ukiran Maryam disalib..Celaru pun ada

see, tengah2 tu ada lukisan mary, tapi kecik je

view dari tingkat atas

sangat besar






tempat imam



mimbar tempat berkhutbah


Akhirnya kami berjaya bergambar berlima, setelah ijah dengan selamba nya minta tolong seorang foreigner ni, dari China maybe, kelakar je tengok abang tu punya pose masa nak snap gambar kitorang. hehe

dari kiri : ijan, me, tenshu, ijah & nadhirah




Menghabiskan masa di sini sampai 3 petang..
Masa ni lunch dengan buah epal dari Stray cat hostel yang diambil masa breakfast free tu.. haha
again, berjimat punya pasal

Selepas itu, round2 nak survey barang2 kat Grand Bazar, macam pasar untuk penduduk sini so barang2 nya agak murah dan boleh menawar harga.

Masa tengah jalan pusing2 berdasarkan peta yang kami bawa, ada seorang lelaki ni, muka dia tak macam orang Turki sangat , tapi dia boleh speaking (sebab agak susah nak jumpa orang Turki yang boleh speaking)
excited sangat dia jumpa kami, rupanya nenek dia orang Malaysia..
Dia ada kedai jual tudung2 turki, kain sejadah macam2 jugak lah, tapi sebab memang tak merancang nak beli apa2 lagi just nak survey harga je sebab hari last nanty baru nak datang balik untuk shopping
kalau shopping awal2 takut bajet lari..
ada je tanya nama dia, tapi dah tak ingat (macam biasalah, kelemhan diri nak ingat nama orang.. hehe)

Jauh jugak, kitorang jalan dari area stesen metro Sultanahmet tu masuk dalam dalam kawasan market
mata ni dah berbinar binar nak beli macam2 tapi tak boleh beli lagi
time ni cuma tanya tanya harga, minta murah semua2 la..

kedai pelik tapi benar.. lol :p
lunch yang digabungkan dengan dinner kat Grand Bazar ni sangat puas hati..
besar, murah dan pastinya kenyang dan juga juga pedas sebab saya makan tabur cili kiring serbuk tu banyak2.. haha

sementara menunggu makanan sampai

sempat lagi.. haha

dengan hanya harga 2.50 lira untuk satu, besar

ala ala kebab, ada slice2 daging sebagai inti

Lama juga jalan, sedar sedar dah 7 malam.. ok, dah kena gerak balik bilik
so, kami cari jalan tembus pantai sebab nak jumap dengan stesen metro, alih alih dah sampai stesen Eminonu
kitorang dah jalan kaki lebih kurang tiga stesen.. hihi
sepanjang hari kitorang jalan dalam kurang 10 jam.. penat oh penat tapi balik bilik larat lagi layan movie sambil amakn maggi.. :)

such a nice holiday.. alhamdulillah

... bersambung lagi next..  ~ partTHREE : winterbreak