assalamualaikum...

here my site, my own way to present myself as i won't bother anyone
this is how i'm expressing myself by writing here, because most of the time I'm enjoying blogging

Tuesday, October 1, 2013

partTWO : winterbreak



Bismillah~
Ini cerita.  saya dan mereka bersama mengukir kenangan, menimba pengalaman
jauh perjalanan luas pandangan
menguatkan tautan antara kami

first time backpacking wo.. haha *excited terlebih
dan memang keseronokan dan pengalaman tu dapat lebih dari travel biasa2 ikut agensi pelancongan
duit pun saving sikit
dan kami anak dara berlima pulak berani2 gi jalan makan angin all by ourself arrangement.. lol

11 hb Februari '13

Di keheningan 4.15 pagi baru nak bangun padahal tempah tramco ke airport el borg dengan sheikh 4.30..
Pukul 7 pagi baru check in, naik RJ airlines
so transit Jordan dalam setengah jam pastu fly terus ke Istanbul..

side view el borg yang  boring..

bersiap nak check in.. ayuh!



langit pagi bumi Mesir
muka mamai sebab tak cukup tidur

transit time..  posing la keje

Then,dalam dua jam perjalanan sampailah ke Ataturk International Airport..
sampai tu macam blur2 jugak lah nak kena cari metro,transport utama kami jalan2 di Istanbul

lepas siap imigresen

Selepas melilau-lilau,tanya orang2 kat situ dan ikut kata hati akhirnya jumpa juga laluan ke stesen metro. 
lepas tu nganga pulak camne nak guna mesin untuk dapatkan token tu pulak. adoi..
try try cuba nasib, nadhirah berjaya guna mesin tu tapi lama jugak la nak boleh tu habes tanya macam2 jenis orang kat situ.. lol

3 lira sorang untuk satu trip tak kira lah jauh mana nak pergi

and finally we got inside this metro tukar satu stesen untuk ke tempat penginapan di Findikli.. stesen hujung sekali kot..

kitorang dari airport stesen Ataturk Halivani - Zeytinburnu - Aksaray untuk tukar tren baru terus ke Findikli



scenery along the journey inside metro :)
inside metro..  we are strangers here!

Kawasan Findikli ni agak berbukit bukit sikit jenuh juga la mendaki untuk sampai ke tempat penginapan Stray Cat Hostel, tapi ayah nadhirah yang tolong book online awal2 dan kitorang dapat murah, lebih kurang 20 lira je..
penginapan area Istanbul ni ingat senang ke nak dapat harga macam tu..
dapat duduk bailik besar sikit yang memang muat katil semua untuk 5 orang.. ok, puas hati je bilik nya
dan breakfast disediakan

Sampai pun hari dah nak gelap, so kami tak plan nak jalan2 lagi, kemas2 barang je
dan nak kena pusing2 Istiklal Caddesi untuk cari money changer dan makan!..

our first food here and forgot its name.. lol

serius ayam dia besar dan sangat kenyang makan sorang
and as usual i'm craving for NASI walau di mana bumi dipijak..  haha
tenshu and ijah sharing foods


muka happy kekenyangan .. alhamdulillah

night view of taksim square
yeah, di tengah kesibukan penduduk Turki



Dalam pukul 7 malam balik ke bilik untuk rehat for the long long journey keesokannya



12 hb Februari '13

Bright day in the second day we at Turkey..
memandangkan kawasan yang kami stay tu berdekatan dengan pantai, apa lagi awal awal pagi lagi dah turun ke pantai
menikmati angin pantai yang sepoi-sepoi bahasa
tak lupa juga nak kena beli tiket feri untuk ke Bursa lagi dua hari lepas tu

kawasan pantai tu ada taman yang dipenuhi bunga2 


nampak nun jauh pantai membiru, tapi x boleh mandi pun

nice posing.. haha

Dalam pukul 10 pagi dah terus nak gerak ke Blue Mosque and Hagia Sofiya
yeah, again trensport utama kami metro, bersama-sama penduduk tempatan berebut2 naik metro.. hihi


Ni stesen2 yang akan dilalui nak round2 area menarik di Istanbul

laluan metro sama level dengan jalan raya biasa, kalau kat mesir macam tram la kot

serious sini sangat cantik




Ok, first kami masuk ke Blue Mosque, selain datang melawat memang berniat nak solat jamak zohor asar kat sini

There is rule bila masuk waktu solat, after azan, all the visitors which are non muslim not allowed to enter and they must wait outside till we finish praying

masa tu memang betul2 feel perbezaan kami yang Muslim dan non Muslim dan perasaan

selain tu, pelawat boleh masuk kawasan luar bukan tempat solat, sebab tempat solat khas diletak penghadang dan hanya orang Islam je boleh melepasi kawasan tu demi menjaga kesucian tempat solat,
dan kasut memang tak dibenarkan sama sekali

Nak tahu details pasal blue mosque ni buka link ni

ini replika keseluruhan blue mosque

see, like we are so giant and the mosque so small.. hihi


blue mosque, front door

keunikan ukiran bumbung nya
ini tempat khas untuk solat
puas hati dapat bersolat dalam ni, selain hanya sekadar melawat

Lepas habis round2 Blue Mosque, terus gerak ke Hagia Sofiya sebab berdekatan je, dan jimat transport metro
sebab masa ni kami dah beli kad metro berharga 7 lira, dengan kad tu dapat jimat 1 lira sebab setiap perjalanan dari 3 lira jadi 2 lira, kalau habis nilai dia, topap je dekat mesin dia bersepah banyak tepi stesen metro
pasal kad metro dan details bagaimana perjalanan menaiki metro di Istanbul ce buka link ni..


dan masuk ke dalam Hagiya Sofia memang kita boleh je nak ada tour guide tapi kena bayar lah,dan kami student yang biasa2 ni memang tak termampu la nak bayar sebab nak berjimat..

ini description di pintu masuk
so,nak tahiu sejarah dan kisah tu semua kira browse2 ineternet dan baca jelah dekat papan2 tanda penerangan dalam tu. Nak tahu pasal muzium ni ce bukak link ini


penjelasan binaan hagiya sofia



tinggalan binaan yang asal
Cuma my comment bila masuk dalam ni, respect sangat dengan Sultan Muhammad Al Fateh bagaimana dia decorate balik yang asalnya gereja menjadi masjid dan kekal digunakan selama 500 tahun
sehinggalah akhirnya tempat ini ditutp dan diubah menjadi muzium
tapi macam sayang sangat sebab dalam tu ada tulisan Allah Muhammad besar2 tapi tengah2 tu juga ada ukiran Maryam disalib..Celaru pun ada

see, tengah2 tu ada lukisan mary, tapi kecik je

view dari tingkat atas

sangat besar






tempat imam



mimbar tempat berkhutbah


Akhirnya kami berjaya bergambar berlima, setelah ijah dengan selamba nya minta tolong seorang foreigner ni, dari China maybe, kelakar je tengok abang tu punya pose masa nak snap gambar kitorang. hehe

dari kiri : ijan, me, tenshu, ijah & nadhirah




Menghabiskan masa di sini sampai 3 petang..
Masa ni lunch dengan buah epal dari Stray cat hostel yang diambil masa breakfast free tu.. haha
again, berjimat punya pasal

Selepas itu, round2 nak survey barang2 kat Grand Bazar, macam pasar untuk penduduk sini so barang2 nya agak murah dan boleh menawar harga.

Masa tengah jalan pusing2 berdasarkan peta yang kami bawa, ada seorang lelaki ni, muka dia tak macam orang Turki sangat , tapi dia boleh speaking (sebab agak susah nak jumpa orang Turki yang boleh speaking)
excited sangat dia jumpa kami, rupanya nenek dia orang Malaysia..
Dia ada kedai jual tudung2 turki, kain sejadah macam2 jugak lah, tapi sebab memang tak merancang nak beli apa2 lagi just nak survey harga je sebab hari last nanty baru nak datang balik untuk shopping
kalau shopping awal2 takut bajet lari..
ada je tanya nama dia, tapi dah tak ingat (macam biasalah, kelemhan diri nak ingat nama orang.. hehe)

Jauh jugak, kitorang jalan dari area stesen metro Sultanahmet tu masuk dalam dalam kawasan market
mata ni dah berbinar binar nak beli macam2 tapi tak boleh beli lagi
time ni cuma tanya tanya harga, minta murah semua2 la..

kedai pelik tapi benar.. lol :p
lunch yang digabungkan dengan dinner kat Grand Bazar ni sangat puas hati..
besar, murah dan pastinya kenyang dan juga juga pedas sebab saya makan tabur cili kiring serbuk tu banyak2.. haha

sementara menunggu makanan sampai

sempat lagi.. haha

dengan hanya harga 2.50 lira untuk satu, besar

ala ala kebab, ada slice2 daging sebagai inti

Lama juga jalan, sedar sedar dah 7 malam.. ok, dah kena gerak balik bilik
so, kami cari jalan tembus pantai sebab nak jumap dengan stesen metro, alih alih dah sampai stesen Eminonu
kitorang dah jalan kaki lebih kurang tiga stesen.. hihi
sepanjang hari kitorang jalan dalam kurang 10 jam.. penat oh penat tapi balik bilik larat lagi layan movie sambil amakn maggi.. :)

such a nice holiday.. alhamdulillah

... bersambung lagi next..  ~ partTHREE : winterbreak


No comments: