assalamualaikum...

here my site, my own way to present myself as i won't bother anyone
this is how i'm expressing myself by writing here, because most of the time I'm enjoying blogging

Wednesday, March 20, 2013

my lacking~ trying to improve

assalamualaikum..

yeah, my lack..


sorry lah menyerang blog untuk membebel-bebel..

inilah keje bila duduk sorang2,mengadap lappy je..

dulu,saya akui saya tak berapa rapat dengan guru2 saya..

dan mereka pun juga takde nak rapat ngan saya..
ada je yang okey, tapi ramai yang tak.. haha

bila tak rapat, obviously saya tak tahu sangat pasal mereka.


sekarang. menyesal?

entahlah~

tapi saya memang terasa juga lah kalau sampai kena tegur

"Ni mesti dulu xhbs taaruf dgn ustz. "
kalau saya tanya balik ustzh pun tahu tak pasal saya. biadap tak..hehe

kan dah cakap. saya seorang yang anti sosial

saya tak reti mulakan conversation,
tapi kalau layan orang berborak,saya okey je..
sebab saya bukan seorang peramah dengan stranger..

tapi, saya takde lah nak terasa hati kalau orang tak kenal saya.

itu normal.
saya bukan siapa2.
dan mereka tak boleh jugak  nak expect yang saya tahu pasal diorang.kan~
lain la,kalau memang ada kaitan dengan saya..ada kisah dan memori bersama

"what you give, you get back la,dear"


tak boleh nak expect orang akan tahu details pasal kita,

kalau kita sendiri tak pernah nak amek tahu pun pasal orang tu.
ikot lah, orang tu cikgu kita,sepupu sepapat kita ke..makcik2 kita ke

saya cabar,

korang ingat biodata lengkap setiap prof korang kat uni tu.haha
nama prof pun tertukar2 lagi.haila~

ye, tahu tahu..

bertaaruf tu sangat bagus.
Islam menggalakkan untuk berkenalan.
saya suka kenal ramai orang. jumpa macam2 jenis orang

tapi saya juga ada masalah payah nak ingat nama orang.

kalau ingat nama pun,saya dah tak cam yang mana satu..

I'm trying to improve..


serious, saya tak kisah pun nak berinteraksi dengan orang without knowing her/his name..

tapi some peoples,tak boleh.am I right?

ok,that's it. bubye




Monday, March 18, 2013

isu agama bukan isu bangsa,tak sama

jom tengok video ni~ bersama2 mencambahkan pemikiran..
cakna isu umat kita~


 betapa lemahnya umat Islam hari ini..
begitu takutkan agama lain..
begitu sibuk dengan isu bangsa..
kalau kita selusuri sejarah kejatuhan khilafah dahulu,bukan kerana musuh terlalu kuat tapi waktu itu umat Islam yang lemah,hanyut..

kalau mereka bawakan macam2 kitab bible sekalipun.
andai setiap dari kita benar2 faham kitab suci kita sendiri Al-Quran,tak perlu bimbang akan terpengaruh dengan bible mahupun kitab2 lain itu

andai kita kuat,tak perlu gusar.

andai kita ramai dan bersatu,kita tak perlu gentar..


"sasaran dakwah utama kita adalah orang Melayu"
amboih,sempit sungguh skop mad'u dia.
mad'u pon boleh pilih2 ek..sadis~

bercakap tentang isu MELAYU Islam kuasanya makin lemah dan hak melayu semakin luntur..

sayang seribu sayang,

saya lagi selesa bersama dengan mereka yang fahamkan Islam dengan sebenarnya,
penuh dengan adab2 Islam,even dia bukan orang Melayu..
saya bersyukur sangat diberi peluang untuk belajar di luar negara.
memandang Malaysia dari skop berbeza, bukan memandang hanya dari sudut dalam,tapi memandang dari sudut luar
bila saya berjalan melihat negara orang, bergaul dengan pelbagai bangsa yang merupakan seorang Muslim
nilai tautan ukhwah itu bila diaplikasikan kepada nilai aqidah sangat indah,
bukan hanya nilai bangsa..
kalau lah mereka2 ini,seorang yang terlebih mengangungkan bangsa dari agama, rasanya saat saya memerlukan bantuan ketika di negara mereka,misalnya baru-baru ini saya ke Turki.habislah~
tapi sebaliknya berlaku, ramai sangat yang baik hati memberi bantuan walaupun tidak pernah kenal sebelum ini..
ye, masa tu saya rasa terharu sangat, baiknya mereka ini.
bila saya berterima kasih kepada mereka dan tak tahu macam mana nak balas budi baik mereka.
tahu apa mereka jawab..
"kita kan sesama Muslim,diikat dengan nilai aqidah..tak perlu balas budi baik saya,cukuplah doakan supaya diberi kesejahteraan"
how sweet is it~

"Islam bukan untuk Melayu, tapi seluruh alam"

saya merasakan mereka yang terlalu fanatik dengan Melayu,
atau terlalu anti dengan bangsa lain..why?
that make me curious.seriously!

orang akan react dengan kita macamana kita react dengan orang.
kalau kita tidak bersifat terbuka dengan non muslim yang berbangsa lain..
macam mana mereka nak menerima kita, menerima Islam..

kita kena ingat, andai seorang non muslim tak kenal Islam adalah disebabkan kita yang tak pernah menyebarkan Islam kepada mereka.
di Akhirat sana,kita akan dipertanggungjawabkan.

bayangkan kalau bangsa lain yang juga warganegara Malaysia mendengar debat ini..
tak ke kesot hati diorang..

seriously, saya teringin sangat, diberi peluang bergaul dengan non muslim untuk bercerita pasal Islam..
dan lagi indah kalau dapat menarik mereka memeluk Islam.
dan alhamdulillah baru2 ini, ketika journey saya di Turki, kami bergaul dengan non muslim dari Korea, Jepun, Singapura dan banyak lagi.
ada kalangan mereka bertanyakan kami tentang Islam,tentang hijab..

saya sangat tabik dengan mak saya join RFC,suatu program melatih diri untuk berdakwah dengan non muslim..
belajar bahasa lain,Cina dan India,
belajar sedikit2 kitab mereka dan ajaran mereka..
itu strategi dakwah kita..

nampak tak point kat sini,
jangan pernah samakan isu Agama dengan bangsa.ia  bukan level yang sama

saya bukan pakar politik, jadi saya tak reti nak komen dari sudut politik
saya hanya rakyat biasa yang berhak memberi pendapat dari sudut kemampuan saya..
saya tak ada niat menghentam mana2 pihak..
saya berkata isu ini dari sudut da'ie dan mad'u.

dalam video ini jelas telah diperdebatkan oleh ahli2 dan pakar2 tentang bidang mereka~
kita dengar dan menilai dengan matang..
bangunlah,keluar dari zon selesa anda.

mungkin kita rasa,
sudah cukup family kita, rakan2 kita menerima Islam.
bagaimana pula dengan yang lain.
masyarakat kita yang hanya Islam pada nama,
masyarakat luar yang tak pernah tahu apa itu Islam..
penyebaran dan perjuangan Islam tak akan pernah habis.

andai kita menyempitkan skop hanya pada bangsa.
maknanya sampai tahap Melayu berdaulat di Malaysia.habis sudah perjuangan kita
singkat dan mudah sungguh perjuangan ini.hoho

berfikir dan berdebat berpaksikan realiti, bukan hanya fantasi..
konon nak tegakkan khilafah!

p/s : saya seorang wanita,dan saya minat isu2 politik.fullstop


.



WANT and NEED ?

curi dari fb Yasmin Mogahed :)

Sometimes, we must differentiate everything happen to us either 'what we want' or 'what we need'..
same happen with people..we need that person,or just we want that person..
Allah doesn't create something without reason, and it never been useless. 
it must have something behind it,and people call it 'hikmah'..


Al-Baqarah : 216
"...But it is possible that you dislike a thing which is good for you, and that you love a thing which is bad for you. But Allah knows, and you know not."


Even sometimes,we think we need that thing or someone, Allah knows best what good for you..

thus,something we 'need',actually not what we need..it just we want it..

so,Allah gives something or someone better which we need it more even we dislike it..



Sunday, March 17, 2013

don't pity me,please~

Assalamualaikum..

kali ini saya hanya ingin berkongsi rasa.


memang tak ada apa menarik pun.masih belum terlambat untuk berhenti meneruskan bacaan..haha


setiap orang pernah rasa kecewa.including me.

dan saya seorang yang sangat kuat denial dan escapism..
saya suka buat buat macam tak ada apa, sampai masa perasaan kecewa,frust tu surut sendiri..

sebab dah sedikit surut lah,saya ada kekuatan untuk menaip di blog ini.

okeh,first point kita kena bercakap bila emosi kita dah stabil kan.

sebelum sebelum ini,saya telah mengalami satu fasa mengubat hati yang lara..

*ok,ayat memang tak boleh bla,menaip ni sambil gelak guling2..
but now, I'm okay.. still,in healing process..hanya masa yang dapat merawat segala kedukaan,insyaAllah..

maybe boleh diberikan nama lain..frust, futur, down.. bercampur aduk lah semua tu..

tapi nasihat saya,jangan tunjuk kelemahan kita, try to cover it..
tunjukkan kelemahan kita di depan Allah sahaja.
sebab Dia lah satu2 nya tempat kita boleh mengadu,meletakkan sepenuh kepercayaan, bergantung harap..
point ni sila jangan abaikan..


okeh,yang ni macam garang sangat je.LOL~


tengok title saya tu..pelik kan..

entahlah,saya just merasakan ada masa kita tak perlu tunjukkan sangat kita kesiankan kat orang.
kita memang kena kesiankan orang lain tapi lebih baik ekspresikan dengan cara lain daripada kita pandang dia dan buat muka "kesiannya awak"..hah,very annoyed! *for me la..org lain maybe lain kot..


tiba-tiba,saya teringat satu story masa saya sekolah rendah,tak ingat lah darjah berapa..
saya berjalan-jalan nak balik kelas masa lepas rehat.
saya berjalan dengan seorang kawan saya ni,saya segan dengan dia..sebab dia sangat baik dan ayu..
tengah2 berjalan tu,saya khusyuk sangat bercakap tengok kat kawan saya ni je,tak tengok depan pun..
pusing2 depan,dah terlambat..ada tiang terpacak kat situ.pang! apa lagi terlanggar tiang free free je.haha
okeh,bukan salah tiang tu,sebab dah lama dah tiang tu ada kat situ,tapi saya je tak teringat sebab ralit sangat berborak..
pening2 lalat jugak la masa tu,
kawan saya yang ayu ni risaulah kan tengok saya kena macam tu."amalina awak okey tak"..
erk.saya geleng2 kepala,saya kan suka berlagak tabah.. so,takde apa2 dah la lepas tu masuk kelas sambil tahan sakit..hehe
rupanya peristiwa saya langgar tiang turut diperhatikan oleh seorang kawan lelaki yang sekelas dengan saya..
pon nak menyibuk jugak,risaukan saya sakit ke tak. maybe lah bunyi perlanggaran tu dahsyat sangat kot.
ha,depan2 kelas tu jugak saya menangis..sambil geleng2 kepala kata saya okey..
lol,budak tu pelik sambil gelakkan saya..yelah,kata okey tapi menangis pulak..haha
lepas tu,saya nak cover balik saya gelak + nangis..memang sadis~
entahlah, bila difikir balik, kalau budak tu tak tanya saya okey ke tak,dan tak kesiankan saya,takde nye saya nak nangis. *ohh,kelakar sungguh kenangan budak2 dulu :p

eh,saya tak memaksudkan kat sini,kita kena jadi orang yang takde perasaan kesian kat orang lain.tak.tak..

cuma cara kita memaknakan perasaan kasihan kita terhadap orang..

contoh eh, cuba lihat saudara2 kita yang di Palestin, Syria dan negara2 yang umat Islam ditindas dan disiksa..

bagi saya,tak semestinya kita kasihkan saudara kita tu dengan pergi kepada dia.menyatakan rasa simpati semata2.
lebih bermakna,kalau kita ekspreskan dalam bentuk memberi bantuan dari segala aspek, kewangan,kemudahan,tenaga ke..

ye,ada orang yang lebih lembut dalamannya, manja.. sentiasa inginkan simpati orang lain.saya raikan orang sebegitu..

tapi,kalau saya sendiri,oh please..jangan tunjukkan simpati kalian terhadap saya seolah-olah saya ni seorang yang sangat kasihan dan tak berupaya..
saya lagi hargai,mereka yang buat muka macam tak de apa2 depan saya,tapi bila ada peluang memberi bantuan, dia cuba sehabis daya untuk membantu..

alhamdulillah, kawan2 saya mostly sangat memahami.

ye,ada time bila kita down, dan orang sekeliling terlalu manjakan kita.kita lagi spoil.
beri masa, dan sampai masa bila dia datang sendiri minta bantuan kita,kita berusaha sedaya mampu untuk support dia..
tapi cara ni kena aplikasikan sesuai dengan cara dan gaya orang la.tak semua orang sama caranya..
dan ini cara saya.fullstop.

so,please don't pity me, even kadang2 saya tak reti nak sembunyikan masalah dari riak wajah.

ye,saya try control kot..tapi ekspresi muka saya memang selalunya menggambarkan apa yang saya rasa..haha
payah nak sorok,lagi2 orang yang rapat dengan saya..cepat je diorang detect kalau saya ada masalah..
tapi kan, kalau ada orang yang bertanyakan masalah kita, itu tak jadi masalah.. very appreciate it when there's people concern about us
beware satu je,bezakan antara kita concern dan busybody dengan sahabat kita..nanty masa lain saya membebel pasal ni pulak

saya kuat kerana saya orang Islam..

orang Islam kena kuat bukan lembik bila ditimpa masalah,habis tak boleh buat semua benda..
cuma,bila rasa penat berhenti sekejap untuk cari kekuatan baru..bukan terus berhenti tak bangun2 lagi..

dan satu lagi, jangan pernah berhenti memandang orang yang lagi susah dari kita untuk sentiasa redha dan bersyukur dengan segala yang kita ada..

dan sentiasa juga memandang orang yang lagi bertaqwa dan hebat dari kita untuk improve dan islah diri menjadi lebih baik dari hari ke hari : )

ni saya curi dari facebook..tapi kata2 ni sangat bermakna..



Ketika kamu tetap tersenyum,meskipun merasa sakit....

Ketika kamu tetap memberi,meskipun tak pernah dibalas...


Ketika kamu tetap ceria,meskipun terluka...



Ketika kamu tetap diam,meskipun perih...

Dan ketika kamu bahagia,meskipun kehilangan....

Disitulah ketulusan hati sedang diuji.

Kesedihan mengajarkan tentang indahnya kebahagiaan... Seperti juga sakit,mengajarkan tentang nikmatnya sihat...dan apabila sakit... ALLAH yg menyembuhkanya.

Seringkali kita berputus asa tatkala mendapatkan kesulitan atau cubaan.

Padahal ALLAH telah memberi janji bahwa DISEBALIK KESULITAN ADA KEMUDAHAN, pasti ada jalan keluar yg begitu dekat. SENYUM :)


sekian dulu..


p/s : ohh..jangan pernah lupa doakan saudara2 kita yang ditindas di Palestin, Syria..dan terbaru kes Lahad Datu..dan serata dunia...
juga oh Malaysia terchenta,gelombang pru13..semoga tertegaknya pemerintahan yang mengamalkan Islam secara syumul di Malaysia

Thursday, March 7, 2013

kau jiran,kau sahabat~

Worship Allah and associate nothing with Him, and to parents do good, and to relatives, orphans, the needy, the near neighbor, the neighbor farther away, the companion at your side, the traveler, and those whom your right hands possess. Indeed, Allah does not like those who are self-deluding and boastful.




Maksudnya: “Jibril sentiasa berpesan kepadaku agar berbuat baik dengan jiran sehingga aku menyangka bahawa dia akan mengatakan bahawa seseorang jiran boleh menjadi waris kepada jirannya.”


Maksudnya: “Wahai Abu Zar! Jika engkau memasak makanan yang berkuah, perbanyakkan kuahnya dan jangan lupa bahagian jiran engkau daripadanya.”


kategori jiran ada 3 :
1. jiran seagama
2. jiran seagama dan mempunyai pertalian darah
3. jiran tidak beragama Islam.


sudah semestinya perbezaan kategori ni mempunyai perbezaan hak mereka