cakna isu umat kita~
betapa lemahnya umat Islam hari ini..
begitu takutkan agama lain..
begitu sibuk dengan isu bangsa..
kalau kita selusuri sejarah kejatuhan khilafah dahulu,bukan kerana musuh terlalu kuat tapi waktu itu umat Islam yang lemah,hanyut..
kalau mereka bawakan macam2 kitab bible sekalipun.
andai setiap dari kita benar2 faham kitab suci kita sendiri Al-Quran,tak perlu bimbang akan terpengaruh dengan bible mahupun kitab2 lain itu
andai kita kuat,tak perlu gusar.
andai kita ramai dan bersatu,kita tak perlu gentar..
"sasaran dakwah utama kita adalah orang Melayu"
amboih,sempit sungguh skop mad'u dia.
mad'u pon boleh pilih2 ek..sadis~
bercakap tentang isu MELAYU Islam kuasanya makin lemah dan hak melayu semakin luntur..
sayang seribu sayang,
saya lagi selesa bersama dengan mereka yang fahamkan Islam dengan sebenarnya,
penuh dengan adab2 Islam,even dia bukan orang Melayu..
saya bersyukur sangat diberi peluang untuk belajar di luar negara.
memandang Malaysia dari skop berbeza, bukan memandang hanya dari sudut dalam,tapi memandang dari sudut luar
bila saya berjalan melihat negara orang, bergaul dengan pelbagai bangsa yang merupakan seorang Muslim
nilai tautan ukhwah itu bila diaplikasikan kepada nilai aqidah sangat indah,
bukan hanya nilai bangsa..
kalau lah mereka2 ini,seorang yang terlebih mengangungkan bangsa dari agama, rasanya saat saya memerlukan bantuan ketika di negara mereka,misalnya baru-baru ini saya ke Turki.habislah~
tapi sebaliknya berlaku, ramai sangat yang baik hati memberi bantuan walaupun tidak pernah kenal sebelum ini..
ye, masa tu saya rasa terharu sangat, baiknya mereka ini.
bila saya berterima kasih kepada mereka dan tak tahu macam mana nak balas budi baik mereka.
tahu apa mereka jawab..
"kita kan sesama Muslim,diikat dengan nilai aqidah..tak perlu balas budi baik saya,cukuplah doakan supaya diberi kesejahteraan"
how sweet is it~
"Islam bukan untuk Melayu, tapi seluruh alam"
saya merasakan mereka yang terlalu fanatik dengan Melayu,
atau terlalu anti dengan bangsa lain..why?
that make me curious.seriously!
orang akan react dengan kita macamana kita react dengan orang.
kalau kita tidak bersifat terbuka dengan non muslim yang berbangsa lain..
macam mana mereka nak menerima kita, menerima Islam..
kita kena ingat, andai seorang non muslim tak kenal Islam adalah disebabkan kita yang tak pernah menyebarkan Islam kepada mereka.
di Akhirat sana,kita akan dipertanggungjawabkan.
bayangkan kalau bangsa lain yang juga warganegara Malaysia mendengar debat ini..
tak ke kesot hati diorang..
seriously, saya teringin sangat, diberi peluang bergaul dengan non muslim untuk bercerita pasal Islam..
dan lagi indah kalau dapat menarik mereka memeluk Islam.
dan alhamdulillah baru2 ini, ketika journey saya di Turki, kami bergaul dengan non muslim dari Korea, Jepun, Singapura dan banyak lagi.
ada kalangan mereka bertanyakan kami tentang Islam,tentang hijab..
saya sangat tabik dengan mak saya join RFC,suatu program melatih diri untuk berdakwah dengan non muslim..
belajar bahasa lain,Cina dan India,
belajar sedikit2 kitab mereka dan ajaran mereka..
itu strategi dakwah kita..
nampak tak point kat sini,
jangan pernah samakan isu Agama dengan bangsa.ia bukan level yang sama
saya bukan pakar politik, jadi saya tak reti nak komen dari sudut politik
saya hanya rakyat biasa yang berhak memberi pendapat dari sudut kemampuan saya..
saya tak ada niat menghentam mana2 pihak..
saya berkata isu ini dari sudut da'ie dan mad'u.
dalam video ini jelas telah diperdebatkan oleh ahli2 dan pakar2 tentang bidang mereka~
kita dengar dan menilai dengan matang..
bangunlah,keluar dari zon selesa anda.
mungkin kita rasa,
sudah cukup family kita, rakan2 kita menerima Islam.
bagaimana pula dengan yang lain.
masyarakat kita yang hanya Islam pada nama,
masyarakat luar yang tak pernah tahu apa itu Islam..
penyebaran dan perjuangan Islam tak akan pernah habis.
andai kita menyempitkan skop hanya pada bangsa.
maknanya sampai tahap Melayu berdaulat di Malaysia.habis sudah perjuangan kita
singkat dan mudah sungguh perjuangan ini.hoho
berfikir dan berdebat berpaksikan realiti, bukan hanya fantasi..
konon nak tegakkan khilafah!
p/s : saya seorang wanita,dan saya minat isu2 politik.fullstop
.
No comments:
Post a Comment