assalamualaikum...

here my site, my own way to present myself as i won't bother anyone
this is how i'm expressing myself by writing here, because most of the time I'm enjoying blogging

Tuesday, February 14, 2012

dialog hati

assalamualaikum.apa khabar? semoga dlm lindungan rahmat Ilahi sentiasa~


kali ni nak share satu dialog dua org sahabat yg sweet~
nape aku kata sweet sbb mereka ni bersahabat krnNya.


sebelum ni ada post bersahabat dengan Allah. kan
selain tu kita ada bersahabat kerana Allah , ni pun dituntut~
dan lastly yg plg bhya, menyukai sesuatu 'bersama' Allah, sama taraf cinta makhluk dgn Pencipta atau cinta makhluk melebihi Sang Pencinta, yakni Allah. nauzubillahi min zalik.




ok,terus kepada dialog td.


Kamilah : assalamualaikum. lama takjumpa kan. sehat?


Aida : waalaikumsalam. hehe. biasalah masing2 sibuk. lagi2 time2 exam ni. alhamdulilah,sihat je. harap kau pun sihat


Kamilah : aku sihat je. tp seyes rindu sgt nak borak2 ngan kau. kau kan hebat Aida. sejuk hati dengar kau borak2 ngan aku.


Aida : banyaklah kau. hebat bendenye. kita sama je. kau pun ada lebih dan aku banyak je pun kekurangan. Ha, kebetulan dah jumpa ni, aku nak cerita sumthing kat kau. tapi,serious aku segan. hurm~


Kamilah : eleh,ngan aku pun nak segan. cam tak bese pulak.haha. cerita jelah,ok je. tp klu ko rasa tak selesa it's ok. hold dulu. aku tak paksa.


Aida : hurm.~


Kamilah : ya. ya aku paham. jom cari tempat selesa sikit. 
tengok dari gaya kau, benda yg kau nak cerita ni isu besar jugak kan.


Aida : bestlah kau ni. understanding. camni, memang perempuan tak boleh lari kan dari mainan perasaan masalah hati ni. termasuklah aku. tapi kali ni agak lain sikit.
jap2, sebelum tu aku nak tanya pendapat kau dulu. kalau ada laki merisik2 atau cuba tanya2 kau dah berpunya ke tidak. apa respond kau?


Kamilah : haila, segan pulak kau tanya aku camtu. 
ermm. kalau ikut keadaan aku sekarang. sejujurnya mesti aku jawab beum lagi. sebab memang itulah realitinya. tapi aku rasa untuk menerima atau tidak tu aku tak berani nak cakaplah.
ni mesti ada apa2 ni. sedar tak sedar, umur kita dah dua puluh kot. 
mak aku kata benda2 camni memang kita akan mula tempuhi. lambat atau cepat tu di tangan Allah.


Aida : so,kau boleh agaklah apa masalah aku kan? hehe. apa aku patut buat eh.


Kamilah : siapa weh? aku tak kesah kau nak bagitau tuannya ke tak,takut buka aib ke apa. tapi just nak tau ciri2 je . mesti orang hebat2 jugak kan.


Aida : insyaAllah, soleh je. cuma masalahnya~. aku bukan nak judge2 orang ke apa. tapi aku tak berkenan sangat cara dia kot. dia tanyakan aku kat seorang akhawat ni. dan hubungan diorang atas dasar kawan je.


Kamilah : hurm..paham.paham.pastu?


Aida : aku dah bagi jawapan aku memang single. tapi kau pun fahamkan. permulaan tu sangat penting bagi aku.


Kamilah : a ah. nape bukan guna bayt muslim ke ataupun pasangan yang dah kahwin? pelik jugak kat situ. atau perantaraan ust atau senior ke.


Aida : tulah pasal. benda2 camtu bagi aku kena jaga. gunalah saluran yang betul.


Kamilah : ok,aku rasa camni lah. maybe dia tersilap langkah tapi niat dia baik. apa kata kau pesan kat akhawat yang jadi kawan dia tu spy guna cara yang lebih baik. guna org tengah yg lg proper. tu lagi menjaga dan mengelakkan fitnah.


Aida : betul betul. apa hal2 pun jawapan dia aku serah pd Allah. istikharah yang terbaik. sebab benda ni bukan perkara kecik. bagi aku besar. melibatkan family semua. bukan boleh aku je sorang buat keputusan.


Kamilah : ni sekadar pandangan aku lah kan. memang benda ni kau kena sangat2 involve family kau. lagi2 parents kan. 
kalau hati kau lapang dan istikharah tu dah dapat jawapan. aku rasa lg proper laki terus direct asking family after dia tau kita org pompuan ni single dan kalau dia mmg betul2 serius. 
bukan apa. apa yang aku perasan lah kan. tak berapa proper kalau laki tu sibuk2 nak jawapan dari kita directly.
maybe lah mula2 dia guna orang tengah yang betul just utk bertanyakan kita dah berpunya ke tidak.
tapi lepas tu involve ngan family lagi better, lagi2 kita ni tengah study lagi. dok jauh kat negara orang pulak tu.
anak perempuan kan still wali yg bertanggungjawab nak menikahkan. lainlah kalau kita ni janda.huhu


Aida : kau rasa camtu betul je,aku tak nafikan. tapi kau tak paham camne situasi laki tu pulak. maybe diorang segan ke camne nak terus direct family.


Kamilah : kalau aku, jawapan bg laki camtu. dia belum betul2 bersedia dan tak berapa nak serius.
sebab laki ni ada gelombang bab2 kahwin ni ada dua fasa. kalau fasa pertama ni lebih kepada ikut2 hawa nafsu lagi. tak matang sangat lagi. tapi kalau fasa satu lagi, dia betul2 dah realistik. paham tanggungjawab,amanah. bukan benda ni sekadar suka2, atau sebab tengok environment dia ramai je yg dah kahwin, dia pun nak ikut jugak. paham kan maksud aku.


Aida : paham.paham. memang elok dipermudahkan urusan yang baik. tapi jangan terlalu ambil mudah.
kita nak bina keluarga Islam yang mencontohi keluarga Rasulullah. so, permulaan dia sangat penting untuk menjamin kesejahteraannya sampai bila2 dan diredhai Allah.
kadang2 manusia sering tertipu dengan hawa nafsu sendiri. merasakan apa yang dia nak buat tu dah baik, tapi cara tak berapa betul. 
thanks weh,ni aku suka borak2 dengan kau ni. banyak mutiara ilmu aku dapat.


Kamilah : aku pun seronok kalau boleh dapat selalu jumpa kau.hehe. 
dan satu lagi nasihat aku. kalau kita org perempuan ni nak menolak pun kena guna cara yang sangat2 proper. biar sama2 berlapang dada. jangan tolak cara kasar dan memalukan dia.insyaAllah.
aku ada hal lain ni. nak kena pergi dulu. oklah weh. jumpa lagi lain kali. sayang kau krn Allah.


Aida : okey2. sorry. amek masa kau lama pulak. hehe. insyaAllah jumpa lagi. anytime nak datang rumah. jemputlah


Kamilah : insyaAllah takde masalah pun. tak amek masa aku pun. masa aku pun memang utk agama Allah. takdenya utk diri sndiri sgt,insyaAllah. 
ok asslamualaikum


Aida : waalaikumsalam :D

end of dialogue.
*dialog di atas mengambil watak rekaan semata2. kalau ada tersama nama ke apa. mintak maaf. tapi benda ni memang ada kaitan ngan kita dan environment kita. cuma maybe cara kita  berfikir dan menerima sesuatu berbeza. takde masalah. asalkan perbezaan kita still berlandaskan syariat yg sebenar.insyaAllah


fikirlah sendiri pengajaran dia. masing2 punya cara berfikir yang berbeza. 
dan di sini ada link yang ada kaitan dgn post kali ni. KLIK DI SINI
wassalam

coretcoretan 1 : maaflah aku tak reti sikit nak berdialog ana enti segala bagai tu.
kalau nak formal sikit pun sayaawak.hu~~
bagi aku . penggunaan akukau tu tak jadi kasar kalau kita tak mengkasarkan dia.
tapi pandai2 lah,dengan org yang xselesa dengan penggunaan camtu. sesuaikanlah:D
takkan nak org ikut cara kita je
padahal kita sendiri taksuka org paksa kita ikut cara dia.

coretcoretan 2: cakna isu umat kita. umat ISLAM di SYRIA. doakan mereka. doakan. qunut nazilah tu jgn lupa. juga saudara2 kita di Palestin dan di mana2 saja mereka2 yg ditindas oleh org2 zalim.
https://www.facebook.com/notes/muhammad-nur-aufa/syriaapa-yang-berlaku-sebenarnya/351949711502546
http://dakwah.info/featured/apa-sebenarnya-berlaku-di-syria/

coretcoretan 3: ingat. homework. jurnal jaulah ke jordan. moga mndapat ibrah di setiap perjalanan menyelusuri bumi Allah.ameen~

2 comments:

Anonymous said...

owh owh..ad yang terharu~

Nuramalina said...

jgn smpai sob sob sudeh,, haha:p
takdelah, sharing is caring.
yg baik jdkan teladan. yg buruk jdikan peringatan n sempadan:D