assalamualaikum...

here my site, my own way to present myself as i won't bother anyone
this is how i'm expressing myself by writing here, because most of the time I'm enjoying blogging

Monday, May 31, 2010

GENERASI QURAN~

Melahirkan generasi Al Quran

Cuba kita bayangkan dalam sebuah kapal terdapat nakhoda yang membawa kapal ke suatu destinasi, jika nakhoda tersebut terdiri dari orang yang tidak berpengetahuan tentang pelayaran, tidak tahu peraturan pelayaran dan tidak tahu halatuju maka apa akan terjadi kepada kapal tersebut…
rasa2nya sampai tak kapal tersebut ke matlamat atau ke tempat yang hendak dituju?….

begitulah perumpamaannya dalam sesebuah rumah , jika tiada seorang pun ahli keluarga tersebut yang faham al quran,
yang faham tentang hukum hakam yang terdapat dalam al quran,
maka rumah tersebut seperti kubur kerana tidak ada kedengaran bacaan al quran atau al quran tidak digunakan sebagai petunjuk..

contohnya jika kita hendak pergi ke utara tetapi pemandu kereta tersebut tidak tahu untuk pergi ke arah mana dan tidak mengikut sign board atau tak faham membaca sign board, maka tentulah akan tersesat dan tak sampai ke tempat yang dituju.
Begitulah keluarga yang tidak menjadikan al quran sebagai panduan hidup tidak akan sampai ke matlamat yang ingin dituju iaitu mencapai redha Allah dan matlamat akhir untuk mendapat syurga Allah. Tanpa redha dan rahmat Allah mana mungkin dapat masuk ke syurga Allah.

Untuk melahirkan generasi Al Quran ini ibu bapa kena mula dengan diri sendiri supaya menjadi contoh kepada anak-anak.
 Ibu bapa kena berinteraksi dengan al Quran setiap hari dengan cara membacanya dengan betul, tadabbur makna dan pengajarannya, hafaz dan amalkan dalam kehidupan seharian.
 Anak-anak perlu dihantar ke sekolah2 yang memberikan pendidikan yang bersepadu antara ilmu al quran dan akademik sejak mereka kecil lagi.
 Ilmu Al Quran termasuklah segala hukum hakam, aqidah, tajwid, hafazan dan pelbagai bidang ilmu agama termasuk bahasa Arab, ibadat, akhlak, fekah dan sebagainya.
 Anak-anak yang menghafaz al quran ini insyaAllah Allah beri mereka otak yang pintar dan cergas dan mudah memahami ilmu dunia dan akhirat.
 Apabila mereka mempelajari bidang sains mereka dengan mudah dapat mengaitkan dengan keagongan Allah yang maha esa yang menjadikan setiap sesuatu di alam ini. Alangkah malangnya seorang saintis yang mengkaji sesuatu kehidupan contohnya kejadian manusia, binatang dan segala tumbuh2an tetapi gagal mengaitkan dengan PenciptaNya Yang Maha Agong.

Bagi kita umat Islam setiap perkara yang dilakukan pasti ada hukum baginya samaada wajib, harus, sunat, makruh dan haram serta ada balasan pahala dan dosa, syurga dan neraka.

Bagi Mukmin setiap perkara yang wajib dan sunat yang dikerjakan akan dibalas pahala dan dengan niat yang ikhlas kepada Allah perkara yang harus pun akan mendapat balasan pahala…
contohnya perkara yang harus seperti makan jika diniatkan dengan makan akan memberi tenaga untuk beribadat kepada Allah, begitu juga makan juga boleh jadi haram dan makruh.
Makan terlalu banyak boleh menyebabkan hati keras, otak lembab, malas beribadat dan fikiran bercelaru.
Makan dari sumber makanan yang haram atau dari sumber pendapatan yang haram , maka nerakalah natijah kerana setiap dari daging yang tumbuh dari yang haram nerakalah tempatnya.

Dengan al Quran dijadikan panduan, keadaan seisi rumah insyaAllah terkawal ke arah landasan yang benar.

Orang yang membaca AlQuran yang tidak memahami makna serta tiada penghayatan adalah diumpamakan orang sakit dan diberi ubat tetapi hanya membaca sahaja periskipsi pada ubat pada waktu pagi makan sebiji tetapi tidak memakan ubat tersebut…
adakah ubat tersebut dapat memberi kesan kepada penyakit yang dihidapi oleh pesakit tersebut, begitulah juga Al Quran jika hanya dibaca sahaja tanpa penghayatan dan amalan, mungkin pahala membaca sahajalah yang akan diperolehi sedangkan perubahan diri mungkin tidak terlaksana.

Dengan sebab itulah kita muslimat sebagai ibu kepada anak-anak perlu mendidik anak-anak ke arah menjadi generasi al Quran… hantarlah anak-anak ke sekolah-sekolah tahfiz al quran yang juga menawarkan pelajaran-pelajaran sains , akademik dll,
mudah2an anak-anak ini akan menjadi ulamak, usahawan, saintis, doktor, jurutera, akitek dan pemimpin masa akan datang yang faham al Quran, beramal dengan al Quran yang dapat mengaitkan bidang yang diceburi dengan tuntutan Al Quran.

Kitalah penentu generasi akan datang yang akan menerajui pemerintahan Negara, jika setiap kita berjaya melahirkan anak-anak generasi al Quran,
 insyaAllah cita-cita kita untuk melihat tertegaknya pemerintahan Islam yang menjadikan Al Quran sebagai dastur dan perlembagaan Negara akan tercapai.

Sebagaimana Hadis Nabi SAW yang maksudnya:
 “anak-anak umpama kain putih, ibu bapanyalah yang mewarnakan mereka samaada menjadi majusi, nasrani atau yahudi.

Telah berkata seorang penyair:
الأم مدرسة اذا اعددتها اعددت شعبا طيب الأعراق

Maksudnya: “Seorang ibu itu samalah dengan sekolah, jika pandai menyesuaikanya , samalah seperti membangunkan suatu ummah yang baik keturunannya.”


Sabda Rasulullah SAW: 
ان الله سا ئل كل راع عما استرعاه , حفظ ام ضيع (رواه ابن حبان)


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah akan bertanya setiap penanggungjawab akan tanggungjawabnya, apakah ia telah memeliharanya ataupun mensia-siakannya.

dicopy paste dr sumber takingat~

3 comments:

syahira ariff said...

macam kata2 mudir je.hak hak hak

lightofourhope said...

kate2 yg baik..pe slhnye..jgn jd mulut manis suda..bahaya2

Ana =) said...

bagus artikel,ko buat lagi santai..aku akan terus sokong,nak tulis x reti,tukang baca kot :)